Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Datin Mastura Maafkan Pemfitnah...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen...

Trafik Perlahan Arah Pantai...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke...

PPBM Parti ‘Malaysians’ Walaupun...

KUALA LUMPUR - "Saya mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan Mahathir (Tun Dr. Mahathir...

Palestin Rancang Mohon Keanggotaan...

WASHINGTON : Palestin merancang untuk memohon keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Sivasangari Tak Gentar Penampilan Sulung Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa mampu membangkitkan semangat pemain skuasy negara, S. Sivasangari untuk meneruskan penguasaan Malaysia dalam sukan itu menjelang penampilan sulungnya di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Berbekalkan dengan pengalaman yang ditimba daripada pelbagai pertandingan, pemain berusia 17 tahun kelahiran Kedah itu, jelas tidak gentar untuk menghadapi cabaran dan yakin untuk menghadiahkan dua pingat emas dalam acara perseorangan wanita dan beregu campuran acara skuasy yang akan bermula 21 Ogos ini.

“Saya sangat terharu dan teruja kerana ini merupakan Sukan SEA saya yang pertama. Walaupun ia bukan perkara mudah, namun saya yakin boleh menang dalam dua acara itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sivasangari, yang kini menduduki ranking ke-61 dunia, berkata pengalaman yang ditimba daripada Kejohanan Individu Remaja Dunia 2017 di Tauranga, New Zealand, Julai lepas, menjadi persediaan yang rapi bagi dirinya menghadapi Sukan SEA kali ini.

Penampilan sulung dalam temasya dwitahunan itu adalah hasil daripada kejayaan muncul juara kategori wanita bawah 19 tahun (B-19) pada Kejohanan Individu Remaja Asia (AJIC 2016), selain memenangi beberapa kejuaraan tahun lepas iaitu Piala SEA di Myanmar, tiga kejohanan pada Jelajah Malaysia PSA dan dua lagi di Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang lagi pemain skuasy kebangsaan, Muhammad Syafiq Mohd Kamal pula menyasarkan tiga pingat emas dalam acara perseorangan, beregu dan berpasukan lelaki.

Walaupun telah meraih pingat emas acara berpasukan lelaki pada edisi Singapura dua tahun lalu, pemain berusia 21 tahun itu mengakui bahawa, beliau tidak dapat lari daripada tekanan beraksi di hadapan penyokong sendiri.


“Agak tertekan tetapi terdapat juga kebaikan kerana kami (pemain) sudah biasa dengan gelanggang dan pasti ramai penonton akan hadir untuk memberi sokongan,” katanya.

Selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Beregu Dunia WSF di Manchester, England, minggu lepas, Muhammad Syafiq yakin pengalaman tersebut akan membantu beliau meraih kemenangan dalam KL2017.

Di Singapura, skuad negara membawa pulang empat pingat emas menerusi Sanjay Singh Chal (perseorangan lelaki), Rachel Arnold (perseorangan wanita) selain Addeen Idrakie, Valentino Bong, Syafiq Kamal dan Sanjay dalam acara berpasukan lelaki dan Teh Min Jie, Vanessa Raj, Zulhijjah Azan dan Rachel (berpasukan wanita).

Temasya KL2017  yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini akan menampilkan sebanyak 404 acara daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan, di mana Malaysia menyasarkan untuk meraih 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan. – BERNAMA

Kategori