Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tun M Bakal ‘Kuburkan’...

HAPUS... Dalam usaha musnahkan UMNO yang pernah diterajuinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada...

Kenapa Lebihkan Paris, Abaikan...

SEMENTARA bangunan-bangunan utama di beberapa negara di seluruh dunia dihiasi dengan lampu limpah...

Kren Tumbang: TH Belum...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga kini belum menerima sebarang perkembangan...

Video: Askar Murah Hati...

MURAH hati seorang askar di India ini.Menerusi video yang viral di laman sosial...

Skuad Bola Sepak Indonesia `Tutup Mulut’

SEPANG – Skuad bola sepak bawah 22 (B-22) Indonesia tiba hari ini untuk menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), namun enggan melayani permintaan media tempatan untuk ditemuramah.

Sekumpulan media yang menunggu hampir dua jam pulang hampa apabila dimaklumkan bahawa ketua jurulatih Luis Milla, hanya akan memberi ulasan selepas memulakan sesi latihan skuad Garuda Muda esok.

“Maaf pak, kami memang tidak dibenarkan untuk ditemuramah mana-mana media buat masa ini,” kata seorang wakil pengurus skuad berkenaan ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Indonesia diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, Vietnam, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.


Indonesia memulakan kempen Sukan SEA edisi ke-29 menentang Thailand di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Indonesia merangkul pingat emas pada edisi 1987 dan 1991 dan pada edisi lalu di Singapura, pada 2015, pasukan itu kalah 5-0 kepada Vietnam dalam perlawanan penentuan pingat gangsa. – BERNAMA

Kategori