Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan Dulu Hanya Tukar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan macam mana Menteri Pendidikan, Dr....

VIDEO: Cara Nakal Pemandu...

SEBAGAI pemandu, pasti anda pernah hilang sabar dengan sikap sesetengah individu yang tidak...

Tepukan Gemuruh Di Kuala...

KUALA KANGSAR - Sorakan ‘reformasi’ dan tepukan gemuruh bergema di luar pagar Istana...

Video: Kanak-Kanak 2 Tahun...

HENAN - Video mengenai seorang kanak-kanak yang terselamat selepas dilanggar dan digilis sebuah...

Skuad Polo Azam Ulangi Sejarah Emas 2007

KUALA LUMPUR – Pasukan polo Malaysia berazam untuk mengulangi kejayaan memenangi pingat emas oleh pasukan negara 10 tahun lepas pada Sukan SEA Nakhon Ratchasima.

Ketua pasukan Shaik Reismann Mohamed Ismail berkata mereka giat menjalani latihan di Pekan, Pahang lebih sebulan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) untuk merealisasikan sasaran itu.

“Kami memperkemaskan permainan, meningkatkan kecergasan, kesihatan dan mental dan pada ketika ini apa yang kami lakukan adalah memastikan kuda-kuda bersedia sepenuhnya,” katanya kepada Bernama semasa latihan pasukan di Kelab Polo Diraja Selangor (RSPC).

Ini merupakan kali ketiga polo dipertandingkan dalam Sukan SEA selepas diperkenalkan pada 1983 di Singapura.
Shaik Reismann, yang juga ketua pasukan pada Sukan 2007, berkata aspek paling penting pada ketika ini adalah untuk memastikan kuda berada dalam keadaan baik.

“Kami berusaha melakukan apa yang termampu, kami komited terhadap Sukan ini kerana kami telah mengorbankan masa dengan berjauhan daripada keluarga serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jurulatih,” katanya.

Menurut Pengarah Teknikal Persekutuan Polo Antarabangsa (FIP) John Fischer, kuda akan dihantar ke Taman Ekuestrian Putrajaya esok.


“Kuda-kuda perlu dihantar ke sana pada 18 Ogos dan selepas itu kuda tidak boleh dihantar dan keluar kandang sehingga hari perlawanan,” katanya.

Pada temasya dwitahunan kali ini, perlawanan akan bermula 22 Ogos di Taman Ekuestrian Putrajaya bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang turut dianggotai Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan bertemu pasukan Brunei yang turut dianggotai kerabat diraja negara itu.

Menurut senarai anggota pasukan polo Brunei yang dikeluarkan, antara tujuh pemain yang disenaraikan termasuk empat kerabat diraja Brunei – Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26; Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33; Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36; dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43. – BERNAMA

Kategori