Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Allahyarham Ahmad Sobri Dinaikkan...

KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaikkan pangkat Koperal secara 'posthumous' atau...

Projek Solar: Bekas Menteri...

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri kabinet sekali lagi hadir di ibu pejabat Suruhanjaya...

Telaga Zamzam Dibersih, Siap...

MAKKAH - Telaga Zamzam di Masjidil Haram yang wujud sejak zaman Nabi Ismail...

Indonesia Henti Cari Mangsa...

JAKARTA - Pencarian untuk enam mangsa yang masih hilang selepas insiden tanah runtuh...

Skuad Takraw Wanita Negara Rangkul Perak

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw wanita negara meraih perak acara regu wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), mengatasi pencapaian gangsa dua tahun lalu pada aksi di Stadium Tertutup Titiwangsa, dekat sini, hari ini.

Pada perlawanan terakhir liga sepusingan menentang Thailand, kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mengesahkan emas selepas Malaysia dan Thailand terikat empat mata menerusi kemenangan ke atas Indonesia dan Filipina semalam.

Regu Thailand yang diketuai Thidarat Soda bermula garang pada set pertama dengan mudah menewaskan regu negara 21-10.

Skuad negara cuba bangkit di set kedua dengan memberi tentangan hebat, namun Thailand ternyata berada di kelas tersendiri apabila regu negara turut tewas dengan 21-12.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara meraih pingat perak dengan mengumpul empat mata keseluruhan, manakala Thailand cemerlang dengan mengumpul enam mata untuk muncul juara dan menggondol emas.

Filipina dan Indonesia sepatutnya berkongsi pingat gangsa berdasarkan format kejohanan yang tidak mempunyai perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.


Namun berikutan insiden semalam yang membabitkan pasukan Indonesia memprotes dan meninggalkan gelanggang menyebabkan pasukan itu tidak layak untuk menerima gangsa.

“Kita sedia maklum Thailand adalah sebuah pasukan yang kuat. Apa pun kita akur dengan keputusan mencapai pingat perak ini.

“Anak buah saya memberi saingan sebaik mungkin namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang,” kata jurulatih negara Md Fikri Md Nor.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama skuad wanita negara meraih pingat perak dan pencapaian terbaik setakat ini dalam temasya Sukan SEA. – BERNAMA

Kategori