Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ammar Alfian Derita 4...

Pelakon dan model Ammar Alfian, 27 terpaksa ‘menderita’  selama empat tahun gara-gara kesilapannya...

Tumpat Pesat Membangun, Ekonomi...

TUMPAT - Tumpat telah dijadikan sebagai Jajahan Satelit bagi bandar Kota Bharu menjadikan...

AS Teruskan Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus...

Hijab Pegawai Polis NZ...

CHRISTCHURCH - Buat pertama kalinya selepas serangan pengganas di masjid di Christchurch, kelibat...

Skuad Tenpin Boling Mahu Ulang Kejayaan Di Singapura

PETALING JAYA – Skuad tenpin boling negara sekali lagi mahu mengekalkan dan menjadi juara keseluruhan sukan itu pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) nanti.

Pada penganjuran lepas di Singapura, skuad bimbingan ketua jurulatih Holloway Cheah itu merebut lima daripada 11 pingat emas yang dipertandingkan serta satu perak dan empat gangsa.

Pengurus pasukan Datuk Mohammed Najeeb Abdullah bagaimanapun berkata tiada sasaran khusus diletakkan ke atas skuad negara pada temasya dwitahunan yang dijadualkan membuka tirai pada 19 hingga 30 Ogos ini.

“Namun melihat kepada pencapaian mereka sebelum ini pada musim ini, saya percaya kita mampu menjadi juara di laman sendiri.

“Dari segi persediaan pun, kesemua atlet telah lakukan yang terbaik. Dalam sukan boling, mereka perlu kuat dari segi mental dan emosi,” katanya ketika menyaksikan latihan pasukan Sukan SEA di Sunway Mega Lanes, hari ini.

Turut menyaksikan sesi latihan sukan yang menjadi lubuk emas buat Malaysia itu adalah ketua kontinjen negara, Datuk Marina Chin.


Untuk rekod, skuad boling lelaki negara memiliki peluang cerah untuk meraih emas berdasarkan kepada kejayaan pemain negara, Muhd Rafiq Ismail dan Syafiq Ridhwan Abdul Malek.

Musim ini, Muhd Rafiq telah memenangi Kejohanan Terbuka Singapura sementara Syafiq Ridhwan menamatkan kemarau penantian kejuaraan selama empat tahun selepas muncul juara di Terbuka Macau.

Sementara itu, skuad boling wanita pula telah mencipta kejayaan bersejarah apabila dua pemain negara, Siti Safiyah Abdul Rahman dan Sin Li Jane muncul juara dalam dua kejohanan anjuran Persekutuan Pemain Boling Profesional (PWBA) di Amerika Syarikat.

Atlet muda, Radin Nur Najwa Arifah membuktikan beliau telah bersedia untuk menghadapi Sukan SEA apabila muncul juara Kejohanan Macau yang juga trofi pertamanya selepas lima tahun diserapkan dalam skuad kebangsaan. – BERNAMA

Kategori