Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Najib Lebih Adil Berbanding...

KUALA LUMPUR - Parti kedua terbesar orang Melayu yang beragama Islam di negara...

Op Satria Selatan: 2...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat telah...

Utusan Boleh Dikenakan Tindakan...

PUTRAJAYA - Utusan Melayu (M) Berhad boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerja...

PH Gagal Laksana Manifesto,...

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan agar...

SMKJ Chung Hwa Arak Jalur Gemilang 626 Meter

KOTA BHARU – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa di sini mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan perarakan Jalur Gemilang sepanjang 626 meter sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekolah itu hari ini.

Pengetuanya Lim Jit Hun berkata perarakan yang diiringi 25 kereta itu membabitkan 500 pelajar, guru dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Permotoran Negeri Kelantan.

“Kira-kira 700 Jalur Gemilang berjaya disambung dan dijahit sejak sebulan lepas bagi menjayakan perarakan hari ini dan yang lebih penting, semua pelajar mengikuti perarakan ini dengan penuh kebanggaan sambil melaungkan Merdeka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perarakan itu.

Katanya usaha itu semata-mata untuk membangkitkan semangat kebangsaan dan patriotisme dalam kalangan 1,800 pelajarnya serta masyarakat di sekitar kawasan sekolah itu.

Beliau berkata perarakan sejauh kira-kira 3 kilometer itu yang diiringi dengan lagu patriotik bermula pada 8 pagi melalui Jalan Atas Banggol, Jalan Sultanah Zainab dan Jalan Kelochor sebelum kembali ke SMJK Chung Hwa.

Lim berkata pihaknya juga merancang sesuatu yang lebih meriah pada Hari Kebangsaan tahun depan sempena sambutan ulang tahun ke-100 SMJK Chung Hwa.

Sementara itu, pelajar Nik Shahrizal Mohd Nizam, 17, berkata dia amat teruja untuk menyertai perarakan itu hingga sanggup tiba ke sekolah lebih awal.


“Saya dan rakan-rakan berarak dan bersama-sama melaungkan Merdeka,” katanya.

Ditanya apa yang dipelajari daripada majlis itu, Nik Shahrizal berkata selain perlu bersemangat demi negara, anak Malaysia juga perlu bersyukur kerana dapat belajar dan hidup secara aman bersama-sama rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Perarakan itu diakhiri dengan laungan keramat ’Merdeka’ di padang sekolah berkenaan kira-kira 9.30 pagi. – BERNAMA

Kategori