PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai tuntutan daftar pemilih suku tahun kedua 2017 bagi negeri Kelantan dan Perak di pejabat pendaftar pemilih negeri masing-masing selama tujuh hari mulai 8 hingga 14 Ogos.
Sehubungan itu, SPR dalam kenyataannya hari ini berkata semua pemilih yang telah mengemukakan tuntutan tersebut diseru membuat semakan nama mereka di pejabat yang berkenaan.
Menurutnya sebarang pertanyaan mengenai pameran senarai tuntutan itu juga boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat SPR melalui talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan. – BERNAMA