Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syed Ali Al-Habshee Dilantik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee dilantik sebagai Pengerusi...

Baling Banjir Lagi

BALING - Seramai 158 orang membabitkan 63 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan...

Skandal Forex BNM: Siasatan...

TIGA bulan jangka masa ditetapkan Pasukan Petugas Khas berhubung siasatan kerugian Bank Negara...

KKM Sahkan 2 Maut...

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan (JKN) Kedah mengesahkan...

SPRM Bertindak Individu Disiasat Beri Kenyataan Media

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam siasatan SPRM yang membuat kenyataan media berkaitan kes siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kini menjadi “trend” individu yang terlibat dalam siasatan SPRM menemui pihak media untuk menceritakan fakta kes berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera SPRM di bangunan baharu SPRM di Presint 7 di sini hari ini, beliau berkata komen berkaitan fakta siasatan boleh dirumuskan sebagai mengganggu siasatan.

“SPRM tidak mahu perbicaraan oleh pihak media. Kalau ada keterangan datang ke SPRM atau sabarlah. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada dia masuk dalam senarai saksi atau mungkin suspek. Yang tidak sabar sangat hendak bagi keterangan di media itu kenapa?,”katanya.

Katanya mereka yang membuat kenyataan kepada media melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48(h) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan mana-mana orang yang mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan, yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Dzulkifli turut memberi amaran supaya mereka tidak mencemuh atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur hasutan mahupun menjatuhkan imej dan nama baik SPRM.


“SPRM tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, menjatuhkan imej SPRM, mengaitkan apa-apa tindakan SPRM serta mempersoalkan tindakan SPRM kerana ia boleh ditafsir sebagai fitnah,” katanya.

Beliau menegaskan SPRM menjalankan operasi tanpa apa-apa kepentingan melainkan memelihara negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Mengenai operasi SPRM di bangunan baharu, Dzulkifli berkata SPRM akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu menjelang 1 Sept ini dan pada masa ini masih dalam proses berpindah. – BERNAMA

Kategori