Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nelayan Rusia ‘Viral’ Kongsi...

SEBAHAGIAN besar 'penghuni' laut dalam mempunyai rupa yang menyeramkan, namun tidak semua yang beruntung untuk dapat melihatnya...

Seorang Maut, Dua Parah...

KEMAMAN - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah selepas kereta yang dinaiki...

UMNO, PAS, BERSATU Wujud...

KUALA LUMPUR - UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah memutuskan...

Polis Tahan Remaja Lelaki...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang remaja lelaki dan merampas 620 bungkusan daun...

SPRM Bincang Tindakan Undang-Undang Guan Eng

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermesyuarat pada 4 Sept ini untuk membincangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini berikutan keengganan Lim memohon maaf secara terbuka atau menarik balik kenyataannya terhadap agensi itu berhubung kenyataan ‘penahanan haram’ Exco kerajaan negeri berkenaan, Phee Boon Poh.

“Ini adalah satu fitnah kepada sebuah agensi kerajaan yang tiada apa-apa kepentingan dalam melaksanakan tugas kami. Kita memandang perkara ini secara serius kerana ini adalah hak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di sini hari ini.

Jumaat lepas, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada Lim untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataan yang dikeluarkannya yang berunsur fitnah.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata mesyuarat bersama barisan kepimpinan tertinggi SPRM itu akan meneliti semua aspek sebelum mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sama ada sivil atau jenayah.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dzulkifli berkata SPRM menyasarkan untuk menghapuskan gejala rasuah dalam sektor perkhidmatan awam menjelang 2020.


“Menjelang 2020, kita perlu mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, progresif dan berdaya saing yang mana risiko rasuah adalah rendah,” katanya.

Majlis ikrar itu diketuai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh dan disaksikan oleh Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Menteri, Datuk Henry Sum Agong serta Dzulkifli. – BERNAMA

Kategori