Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Seluruh Negara...

PUTRAJAYA - Bilangan mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat dengan 2,371 orang...

Inspektor Polis Didakwa Minta,...

JOHOR BAHARU - Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pesawah Beli Benih Boleh...

PUTRAJAYA - Pesawah yang membuat pembelian benih padi sah di pintu kilang pengeluar...

Ditipu RM4 Sehari, Lelaki...

SIBU - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas kredit telefon prabayarnya...

SPRM Kesan 12 Lelaki Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  sedang menjejaki 12 individu bagi membantu siasatan satu kes rasuah yang turut melibatkan pegawai dan anggota polis di Melaka.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata mereka yang sedang dikesan ialah  Tee Kian Yee, 29; Ng Kok Yuan, 28; Lim Chin Wah, 33; Ng Kim Boon, 51; Goh Tse Yuan, 30; Tan Kai Boon, 26; dan Chua Kiew Chai, 50.

Turut dikehendaki bagi membantu siasatan ialah Khor Chee How, 38; Tan Seng Hwee, 31; Sah Kok Onn, 32 ; Teoh Song Peng, 48 dan  Tan Wee Kok, 25 tahun.

Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan SPRM susulan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis Melaka, Mei lalu, katanya.


Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003.

Mei lepas, Ketua Polis Melaka Tengah dan Jasin ditahan bersama 12 yang lain dalam operasi SPRM selepas disyaki melindungi operasi pusat urut dan judi haram di Melaka. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori