Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Waris Budak...

KAJANG : Polis masih mengesan waris kanak-kanak lelaki yang ditemukan dengan kesan kecederaan...

7 Ironi Dalam Belanjawan...

IRONI adalah suatu tindakan bersifat berlawanan atau keadaan yang bertentangan antara apa yang...

Edar Bible: 29 Individu...

BUKIT MERTAJAM - Polis merekodkan keterangan 29 individu termasuk enam suspek yang dilaporkan...

Transformasi Industri Automotif Terus...

KUALA LUMPUR - Kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung...

SPRM Serbu Rumah, Pejabat Dan Pusat Khidmat EXCO

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sekali lagi menyerbu rumah, pejabat dan pusat khidmat EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Sumber SPRM berkata, serbuan bertujuan mengumpul beberapa dokumen tambahan bagi membantu siasatan kes operasi kilang pemprosesan habuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti.

“Kita menyerbu kediaman beliau di Sungai Puyu, kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Ketika ini kita tangguhkan seketika serbuan di dua lokasi lagi kerana EXCO berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar di Kedah,” katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Kelmarin, Boon Poh, 65, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, selepas lima pegawai suruhanjaya itu melakukan serbuan ke pejabat EXCO berkenaan di Tingkat 53 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), kira-kira jam 11.30 pagi. – BH Online

Kategori