Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Allhamdulillah Jumlah Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan menurun...

Apakah Sepanyol Bakal Berpecah...

MADRID – Selepas Scotland melaksanakan pungutan suara khas untuk berpisah daripada Great Britain...

Nostalgia: Iklan MAS Cari...

MASUK tahun ini, Syarikat Penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines (MAS) kini sudah berusia 43 tahun.Ini merupakan...

Mahkamah Khas Tangani Peniaga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengusulkan cadangan untuk...

SSM Serbu Firma Pelaburan Kurma Tidak Didaftar

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu ke sebuah syarikat di sini, hari ini selepas disyaki menawarkan skim pelaburan penanaman pokok kurma yang tidak didaftarkan.

Serbuan dibuat sepasukan 10 anggota Bahagian Siasatan SSM diketuai Pengarahnya, Rezy Izwan Ramly, kira-kira 10.30 pagi, hasil risikan sejak tiga bulan lalu selepas menerima aduan seorang pelabur pada Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kawal Selia dan Penguatkuasaan SSM, Nor Azimah Abdul Aziz, berkata syarikat itu didakwa konon menjanjikan pulangan tinggi berdasarkan kepada bilangan pokok kurma yang dilaburkan.

Ujar beliau lagi, setiap pokok palma tersebut bernilai antara RM3,000 hingga RM5,000 dengan penanaman konon dilakukan di sekitar Kelantan, Terengganu dan Johor.

Nor Azimah berkata, segala urusan daripada penanaman, penjagaan sehingga pokok membuahkan hasil dilakukan pihak syarikat manakala hasil tanaman dibeli semula pada harga antara RM12 hingga RM20 sekilogram.

“Pulangan pelaburan dikira berdasarkan kualiti dan saiz buah termasuk aspek berat kurma dihasilkan pokok berkenaan yang mana ia didakwa boleh mencecah RM1 juta selepas 10 tahun.

“Kita ada menerima aduan daripada seorang individu yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai tawaran lumayan oleh syarikat berkenaan sebelum mahu membuat pelaburan.


“Semakan mendapati syarikat itu pernah mendaftar dengan SSM sebagai sebuah entiti pada 2015 namun tiada skim kepentingan didaftarkan mengikut Akta Skim Kepentingan 2016.

“Justeru, kita buat siasatan sebelum menjalankan operasi pada hari ini,” katanya pada sidang media di pejabat SSM. Untuk rekod pokok kurma tidak sesuai ditanam di Malaysia malah benihnya juga dilarang dibawa masuk.

Nor Azimah berkata, Akta Skim Kepentingan 2016 yang berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda RM50 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori