Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Bertindak Adil Isu...

KUALA LUMPUR - Polis akan bertindak adil dalam siasatan yang mengaitkan Timbalan Ketua...

Video: Banjir Kilat Landa...

HUJAN lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dan Sungai Buloh mengalami...

“Fifa Tak Boleh Halang...

PENYERANG baharu LA Galaxy memberitahu bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tidak tidak...

Trend ‘Unboxing Isteri’ Boleh...

Kuala Lumpur: Trend 'unboxing isteri', termasuk pengantin lelaki membantu membuka tudung pengantin perempuan...

Stesen Elektrik Guna Bahan Buangan Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat Sime Darby membangunkan dua stesen janakuasa biogas yang menghasilkan elektrik dengan menggunakan bahan buangan kilang sawit.

TNB dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua stesen biogas tersebut terletak di estet Hadapan di Layang-Layang dan estet Flemington di Bagan Datuk, Perak.

“Stesen Biogas Hadapan yang beroperasi sepenuhnya pada 30 Disember 2016 mempunyai kapasiti terpasang 1.6MW, manakala Stesen Biogas Flemington yang beroperasi sepenuhnya pada 26 Januari 2017 juga mempunyai kapasiti terpasang 1.6MW.

“Tenaga elektrik yang dihasilkan kedua-dua stesen disalurkan terus ke grid nasional,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, usaha sama tersebut membolehkan TNB mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Ia juga sekali gus menyerlahkan nilai dari bahan buangan kilang sawit di ladang-ladang milik Sime Darby. -MYNEWSHUB.CC

A

Kategori