Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Pemimpin PH Dulu Bising,...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pemimpin-pemimpin...

Kafa Mahu Penyokong Kelantan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu semua penyokong The Red...

Buat Lawak Bodoh Di...

GARA-GARA tweet lawak hambar ditujukan pada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah...

Imigresen Tahan Wanita Asing...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 12 wanita warga asing yang bekerja...

Strategi Pengurusan Air, Jamin Bekalan Air Terpelihara

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sentiasa memberi penekanan kepada strategi pengurusan permintaan air yang efisien bagi memastikan usaha sekarang mampu menjamin bekalan air pada masa depan sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S.K Devamany, berkata kementeriannya telah menyusun beberapa strategi yang diyakini berkesan bagi menguruskan sumber air negara secara lestari dan mampan.

“Antara strategi tersebut adalah penyelarasan tarif air secara berterusan ke arah pencapaian kos sebenar perbekalan air mencakupi aspek pemuliharaan kawasan tadahan, kos rawatan dan agihan serta kos rawatan air kumbahan sebelum dilepaskan semula ke alam sekitar.

“Aspek penguatkuasaan dan pengawalan ke atas kes-kes kecurian dan pencemaran sumber air juga perlu ditingkatkan,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Koh Chin Han mengenai tindakan kerajaan untuk memastikan bekalan air pada masa depan terpelihara berikutan bilangan penduduk negara kian meningkat dan sering berlaku kes gangguan bekalan air.

Devamany berkata kementerian turut memberi penekanan kepada penerokaan dan penggunaan sumber air alternatif seperti air hujan dan penggunaan air kumbahan terawat dari loji rawatan air kumbahan sebagai satu daripada sumber air utama bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air sedia ada.


Katanya, di bawah Pelan Induk Teknologi Hijau, kerajaan menyasarkan 50 peratus bahan enap cemar digunakan semula dan satu pertiga penggunaan semula efluen terawat menjelang tahun 2030.

Devamany juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air bagi keperluan harian selain mengambil langkah seperti menggunakan air hujan bagi tujuan membasuh kereta dan menyiram tanaman agar dapat menurunkan penggunaan air terawat. – BERNAMA

Kategori