Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Skandal Banglo LGE: Polis...

GEORGETOWN - Polis akan merekodkan keterangan Phang Li Koon esok bagi membantu siasatan...

Nostalgia: Keratan Akhbar “Pemain...

MEMILIKI gaji lumayan, tak hairanlah jika seseorang atlet mampu berbelanja besar bagi mendapatkan kereta...

Mahfuz Tuduh Presiden PAS...

"PAS rupa-rupanya sekadar berhasrat menjadi ‘oportunis politik’, maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah...

Video: Wanita ‘Syaitan’ Pukul...

GILA dan kejam... lagi kes melibatkan kes penderaan bayi!Satu rakaman video memperlihatkan seorang...

Sukan Mampu Jana Ekonomi Pelancongan

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah sukan adalah bentuk pelaburan yang sihat dan menguntungkan jika dilaksanakan secara profesional selain sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan tubuh badan.

Menurut baginda kesungguhan Perlis menjadi tuan rumah pelbagai temasya sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf antarabangsa dapat menjana ekonomi khususnya sektor pelancongan sukan.

“Beta mahu kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan berusaha menjadikan program pembangunan sukan diuruskan dengan baik serta menyediakan peruntukan dan prasarana berkaitan yang mencukupi,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah merasmikan Karnival Sukan Mahasiswa (KARisMA) ke-24 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di UiTM Arau, di sini malam tadi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat sama pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.


Sebelum itu Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said ketika berucap berkata KARiSMA menjadi medium penting UiTM untuk meningkatkan imej universiti selain melahirkan atlet berprestasi tinggi mewakili negara pada temasya bertaraf antarabangsa dan UiTM ke sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) dan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Katanya UiTM telah banyak melahirkan atlet berprestasi tinggi dan seramai 35 atletnya terpilih mewakili negara dalam Sukan Sea ke-19 yang bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

KARiSMA bermula semalam dan berakhir hari ini disertai 3,578 atlet dan pegawai mewakili semua kampus cawangan UiTM seluruh negara serta bakal bertarung dalam 20 acara sukan utama. – BERNAMA

Kategori