Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kes 4 Individu Sokong...

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaaan untuk memindahkan...

Warga Rohingya Sendiri Jadi...

ALOR SETAR - Warga Rohingya sendiri dikatakan menjadi ejen sindiket yang membawa masuk...

Jangan Bongkak Dan Ego...

MELAKA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar agar tidak...

Warga Filipina Dilatih Ala...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Filipina yang dipercayai pernah terlibat dalam beberapa...

KL2017: Sultan Mizan Bolot Dua Emas

SETIU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membolot dua emas bagi sukan ekuestrian dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi ekuestrian acara endurance berpasukan dan individu, Ahad.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.

Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) memulakan perlumbaan tepat pukul 3 pagi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di sini, Ahad.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai pasukan negara yang turut disertai lima penunggang lain.

Lima pasukan mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.

Raja Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan melepaskan para peserta.


Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Semua penunggang perlu melalui trek sejauh 80 kilometer (km) dan mengikut peraturan acara kuda lasak penunggang kuda akan diperiksa di setiap tiga pusingan iaitu 35km, 25km dan 20km bagi memastikan kuda dalam keadaan baik.

Acara dijangka tamat sebelum 5 petang Ahad di TIEP. – BERNAMA

Kategori