Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PPBM Tak Mampu Corak...

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencorak pentadbiran negara...

CEO Rayani Air Minta...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran membuat permohonan maaf...

Ahli PAS Lebih Sayang...

KUALA LUMPUR - "Aneh jika ada ahli PAS lebih menyayangi Presiden parti lain...

India Tingkatkan Penanaman Sawit...

NEW DELHI - India mahu meningkatkan penanaman kelapa sawit bagi mengurangkan pergantungannya terhadap...

Sukan SEA: Venue Menembak KL2017 Sudah Sedia

PETALING JAYA – Lapang Sasar Menembak Kebangsaan yang menjadi venue untuk acara menembak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017)  kini hampir siap sepenuhnya, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau yang meninjau venue itu hari ini berkata kerja-kerja menaik taraf yang dilaksanakan sejak beberapa bulan lepas kini telah siap 90 peratus.

“Ia sudah mencapai 90 peratus manakala 10 peratus lagi hanya melibatkan kerja-kerja pemasangan gegantung penjenamaan serta poster,” katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan atlet menembak kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf lapangan menembak 10 dan 50 meter itu turut melibatkan pembinaan bumbung baharu.

Sukan menembak dijadual bermula 21 hingga 26 Ogos ini yang menawarkan 14 pingat emas.

Mengenai kawasan sekitar venue itu yang berpotensi berlakunya pembiakan  nyamuk aedes, Khairy berkata langkah-langkah pencegahan telah dilakukan sewajarnya.


“Kita sentiasa buat pengkabutan sebab kita sedar tempat ini ada risiko pembiakan nyamuk aedes dan ia sentiasa akan dibuat bagi memastikan keadaan ini tidak memberi apa-apa masalah pada kemudian hari,” ujarnya.

Malaysia menyasarkan empat pingat emas dalam acara sukan menembak.

Pada temasya ini di Singapura dua tahun lalu, skuad menembak negara meraih dua pingat emas, lapan perak dan enam gangsa. – BERNAMA

Kategori