Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Menang Tiga Emas...

PALEMBANG - Hasrat pasukan memanah Malaysia untuk membolot bersih empat pingat emas tidak...

Pemeriksaan Mental Model ‘Tanggal...

KUALA LUMPUR - Pemeriksaan mental ke atas bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya...

7 Rumah Setinggan Musnah...

KOTA KINABALU - Tujuh buah rumah setinggan di Kampung Gudon, Jalan Sepanggar, dekat...

Suriani Ahmad Dilantik Ketua...

PUTRAJAYA - Datuk Suriani Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga...

Sultan Johor ‘Tegur’ Laluan RTS Tutup Panorama JB

MERSING – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyuarakan keprihatinan mengenai reka bentuk laluan tren Sistem Transit Laju (RTS) menghubungkan Singapura dan Johor Bahru.

Dalam wawancara eksklusif dengan New Straits Times (NST) di Istana Flinstone di sini, Sultan Ibrahim bertitah walaupun menyambut baik projek mega tersebut, baginda tidak bersetuju dengan bentuk lengkung landasan itu.

Ini termasuk pelan pembangunan jambatan setinggi 30 meter atas permukaan air Selat Tebrau di bahagian tengah reka bentuk tersebut yang bakal menghubungkan Woodlands di Singapura dan Bukit Chagar di Johor Bahru.

Laluan jejambat melengkung RTS sepanjang lima kilometer itu, menurut baginda lagi boleh menjejaskan imej keseluruhan pemandangan latar langit atau panorama bandar raya Johor Bahru dari arah pandangan Singapura.

“Melainkan anda menetap di Johor, anda tidak akan faham sentimen Johor. Reka bentuk itu beri kesan kepada kami maksud saya Johor. Kita bercakap tentang lekapan tetap. Kaji semula dan semak seluruh pelan,” titah Sultan Johor.

Menurut NST, Sultan Ibrahim menegaskan pihak terlibat bagi projek itu seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan baginda dan mengkritik reka bentuk RTS sebagai tidak praktikal, tidak mampan dan mungkin mahal:

“Apa-apa (pelan landasan baharu) yang dibentangkan kepada saya, haruslah munasabah, menjimatkan kos serta mampan, bukan sahaja untuk kepentingan rakyat Johor, tetapi seluruh rakyat Malaysia dan Singapura sendiri.”

Baginda sebaliknya menyarankan agar reka bentuk baharu itu sama tinggi dengan Tambak Johor atau tinggi sedikit. Lintasan darat itu yang dibuka sejak 1923 dengan jarak 1,056 meter ketika ini dilalui 60,000 kenderaan setiap hari.

“Kenapa perlu reka bentuk lengkung walhal lebih praktikal dibuat lurus sejajar tambak. Kenapa perlu ada jejambat setinggi 30 meter untuk kapal boleh lalu di bawah kecuali ada rancangan untuk hapuskan tambak,” titah baginda.


Sultan Ibrahim juga mempersoalkan mengapa dua negara memerlukan kontraktor berasingan untuk membina laluan di bahagian negara masing-masing dan menyarankan projek itu dikendalikan oleh satu kontraktor sahaja.

Ia malah sepatutnya menerusi usaha sama antara kedua-dua negara. Baginda dijangka menyuarakan keprihatinan mengenai isu reka bentuk itu dalam mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bulan depan.

RTS pertama kali diumumkan pada 2010 dan dijangka memulakan operasi menjelang 2024. Singapura sudah mengesahkan terminal RTS di republik itu dibina di stesen Woodlands North dekat laluan Thomson-East Coast.

Manakala Bukit Chagar sebagai terminal utama di Johor. RTS berupaya menampung sehingga 10,000 penumpang bagi setiap hala sejam sekali gus mengurangkan kesesakan teruk di tambak yang digunakan 100,000 orang sehari.

Apabila operasi RTS bermula kelak, 22 perkhidmatan ulang alik tren KTMB Tebrau yang dilancarkan sejak 1 Julai 2015 antara stesen Johor Bahru Sentral dan CIQ Woodlands akan dihentikan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori