Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cabaran Seminggu Hidup Dalam...

PARIS - Seorang artis Perancis memulakan cabaran baharu dengan mengurung dirinya dalam batu...

Video: Lelaki Berbasikal Masih...

SEPERTI diberi nyawa kali kedua.Seorang lelaki dari wilayah Zheijiang, Beijing mengejutkan dunia apabila...

Gambar Doktor Kacak Viral,...

JIKA tahun lalu seorang doktor bernama Say Shazril Shaharuddin menjadi buah mulut rakyat...

Pembangkang Buat Kecoh, Cemari...

AHLI Parlimen pembangkang hari ini dilihat mencemari pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri...

Sultan Selangor Sertai ‘Anak-Anak Malaysia Walk’

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyertai program ‘Anak-Anak Malaysia Walk’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Baginda yang ditemani Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin melepaskan kira-kira 6,000 peserta yang berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer mengelilingi bandar raya itu pada 7.15 pagi.

Baginda berdua turut berkenan berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer bersama-sama peserta.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad

Zaharin Mohd Saad dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.


Program anjuran Star Media Group Berhad itu antara lain bertujuan meningkatkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. – BERNAMA

Kategori