Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terpaksa Bersalin Di Pintu...

GUA MUSANG - Seorang wanita Orang Asli yang sedang sarat mengandung bersalin di...

Tahanan PKP Tak Diletak...

PUTRAJAYA - Tidak timbul isu tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diletakkan...

Polis Tahan Lelaki Tawar...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menawarkan tiket penerbangan palsu kepada...

Jepun Sekat Prestasi Baik...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan prestasi baik pada Piala...

Suspek Keganasan Sepanyol Rancang Serang Monumen

MADRID – Seorang anggota suspek rangkaian pengganas yang melancarkan serangan di Sepanyol minggu lalu, mengaku di hadapan hakim bahawa kumpulan militan merancang menyerang monumen terkenal.

Mohamed Houli Chemlal, 21, mendakwa mengetahui mengenai rancangan itu dua bulan lalu bersama tiga suspek lain yang hadir di mahkamah buat kali pertama sejak serangan berkembar yang membunuh 15 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.

Keempat-empat yang ditahan adalah suspek terselamat daripada sekumpulan 12 pengganas yang dipercayai merempuh pejalan kaki menggunakan van di kawasan tumpuan pelancong di Barcelona, Khamis lalu.

Beberapa jam kemudian, anggota kumpulan sama melancarkan satu lagi serangan di Cambrils dekat selatan Barcelona.

Selepas perbicaraan, Chemlal dan seorang lagi suspek, Driss Oukabir, 27, ditahan direman dan didakwa melakukan kesalahan berkaitan keganasan.


Suspek ketiga yang juga pemilik kereta digunakan dalam serangan di Cambrils, Mohamed Aallaa, diberikan pelepasan bersyarat, berikutan bukti terhadapnya lemah, kata hakim. – AFP/BH ONLINE

Kategori