Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Salam Netanyahu Jadi Isu,...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana berjabat tangan secara tidak formal dengan Perdana Menteri...

Naib Presiden PKR Kena...

KOTA KINABALU - Adakah PKR akan menuntut wang ganti rugi sebanyak RM5 juta...

‘Low Yat 2’ Beri...

PUTRAJAYA - Cadangan penubuhan 'Low Yat 2' akan menonjolkan imej baharu kepada pusat...

Tentera Zionis Tembak Bilik...

GAZA: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah bilik hospital, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan...

Suspek ‘Lalok Syabu’ Kes Bunuh 2 Jaga Dicekup

SHAH ALAM – Suspek kes pembunuhan dua pengawal keselamatan di Jalan Bukit Kuda, Klang, dekat sini, Khamis lalu berjaya ditahan awal pagi tadi di Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berkata, suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sebilik mangsa ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Hospital Teluk Intan pada 1 pagi tadi.

Polis telah ke rumah keluarga suspek di Teluk Intan dan diberitahu oleh ibu suspek bahawa dia berada di Hospital Teluk Intan.

“Ibunya memberitahu suspek meracau dan mengamuk sejak pulang ke kampung pada Khamis lalu.

“Bertindak atas maklumat, polis telah ke hospital dan menahan suspek. Suspek namun masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan dipercayai akibat terlebih dos dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazelan berkata, polis turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk bunuh mangsa dan sebuah kereta Proton model Satria Neo dipercayai milik seorang daripada mangsa, Syed Mohd Fazrul Syed Mohd Ridhwan.


Khamis lalu mayat dua pengawal keselamatan, Wan Amir Hamzah Abu Hassan, 48, dan anak saudaranya Syed Mohd Fazrul, 23, dijumpai dengan kesan tetakan pada seluruh badan.

Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai dibunuh pada 1 Ogos lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Kategori