Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

4,000 Tetamu Meriahkan Majlis...

IPOH - Kira-kira 4,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Mesra Aidilfitri Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

Oksana Dedah Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi detik pertemuan dengan...

PKS Terima Manfaat Lebih...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima manfaat lebih RM1.3 bilion...

Pegawai Perbadanan Putrajaya Didakwa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendakwa seorang pegawai kanan...

Suspek Seludup Sisik Tenggiling RM100j Didakwa

KOTA KINABALU – Suspek yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah kerana disyaki cuba menyeludup keluar kira-kira 8,000 kilogram sisik tenggiling bernilai RM100 juta melalui Pelabuhan Sepanggar dekat sini pada 29 Julai lepas akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata siasatan ke atas suspek berumur 43 tahun yang juga pemilik sebuah syarikat, sudah hampir siap.

“Dia akan dituduh di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana cuba menyeludup keluar barang larangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara perbarisan kehormat sempena persaraan Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok, hari ini.

Pada majils berkenaan, Janathan menyerahkan tugasnya kepada Pengarah Kastam Sabah yang baharu Datuk Hamzah Sundang.

Katanya pihak Kastam akan menjalankan pendakwaan atas kesalahan penyeludupan namun tidak menghalang agensi lain di Sabah termasuk Jabatan Hidupan Liar untuk menguatkuasaan undang-undang di bawah bidang agensi berkenaan terhadap suspek.

Pada 11 Ogos lepas, Janathan dalam sidang medianya mengumumkan kejayaan agensi itu merampas 8,000 sisik tenggiling bernilai RM100 juta yang disimpan di dalam 226 guni pada 29 Julai di Pelabuhan Sepanggar dipercayai untuk dieksport ke negara China.


Berdasarkan berat sisik tenggiling berkenaan, ia dipercayai diperoleh daripada 16,000 ekor tenggiling namun asal sisik tenggiling berkenaan belum dikenal pasti.

Mengulas pandangan sesetengah pihak kononnya Malaysia dijadikan transit penyeludupan barangan terlarang itu, Subromaniam berkata semua pihak harus melihat rampasan itu dari sudut positif.

Katanya kejayaan Kastam Malaysia menggagalkan cubaan penyeludupan itu bermakna pihak berkuasa Malaysia sentiasa menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan seperti itu. – BERNAMA

Kategori