SWEETNYA… Gigih si kekasih melukis mural buat hadiah hari lahir pelakon dan pengacara popular ini. Cantik pula tu!
Baru-baru ini menerusi laman instagram pelakon, Qi Razali meluahkan perasaan terharu melihat hasil lukisan mural yang dilukis oleh kekasih hatinya, Nia di dinding studio miliknya.
Lukisan itu adalah merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Qi yang ke-40 pada 8 Ogos lalu.
Menurut Qi memang sudah lama menyimpan hasrat untuk mempunyai lukisan mural di dinding studio miliknya itu. Namun dia tidak menyangka Nia menunaikan hajatnya itu.
Sementara itu, Nia di akaun Instagram dan Twitter miliknya turut sama berkongsi beberapa gambar yang memaparkan dia dalam proses melukis mural tersebut.
Gambar yang dikongsi Nia mendapat lebih daripada 2,000 likes dan menerima pelbagai komen yang positif daripada peminat di mana rata-rata mereka memuji serta mendoakan pasangan ini kekal hingga ke peringkat seterusnya.
Sweetkan? Manis tahap potong kaki dah ni. Apa-apa moga pasangan ini kekal hingga ke fasa seterusnya la ya! Happy selalu.
Haaa…Agak-agak kekasih korang gigih tak melukis macam ni masa birthday korang? – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura