SELEPAS merangkul trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57 menerusi filem Munafik baru-baru ini, Syamsul Yusof menyatakan rasa syukur dan terima kasih di laman Twitternya, namun ada pula pihak yang ‘panas’.
BACA: Syamsul Yusof Menang Pengarah Terbaik FFAP
Menerusi perkongsian di laman Twitter peribadi miliknya, @SyamsulYusof84, dia telah memetik dua nama dalam ucapan terima kasihnya itu.
Dengar-dengarnya tweet itu ditujukan kepada mereka berdua kerana sebelum ini mereka pernah mengkritik filem arahan Syamsul. Namun, melalui penganugerahan yang diterimanya baru-baru ini membuktikan bahawa ramai lagi yang melihat karyanya sebagai suatu yang membanggakan.
Salah seorang daripadanya ialah Redza Minhat yang dilihat membalas balik kenyataan tersebut. Kisahnya bermula apabila Redza Minhat beberapa kali quote tweet Syamsul dengan pertanyaan persis orang tidak puas hati.
Redza juga turut memuatnaik satu tweet berbaur sindiran kepada Syamsul.
Khairil Anwar, satu lagi nama yang disebut Syamsul di dalam perkongsiannya bersuara apabila sebelum ini dia pernah mengkritik filem arahan Syamsul, Desolusi yang katanya teruk.
Bagaimanapun, tidak dinafikan yang Khairil Anwar ada memuji filem pembikinannya malah menyifatkan Syamsul berbakat besar dalam bidang pengarahan namun tidak dalam bidang lakonan.
Diharapnya, isu-isu yang ditimbulkan ini tidak melarat dan tidak pula berakhir dengan teruk.
Kepada pengarah-pengarah di luar sana, teruskan berkarya dan menghasilkan naskhah-nashkah yang berkualiti ya! – MYNEWSHUB / Aisyah Karim