Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tewas 0-2 Berdepan...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi hambar apabila tumpas 0-2...

Malaysia Tempat Pertama Global...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam Global Travel Index pada tahun...

Selamat Pendaki Singapura, ‘Jutaan...

SINGAPURA – Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!, kata Perdana...

2 Lelaki Ditahan Menyamun,...

PETALING JAYA - Dua lelaki ditahan selepas menyamun sepasang suami isteri warga Indonesia...

Tahniah… Yuna Selamat Jadi Tunangan Keluarga Sinclair

ALHAMDULILLAH… Tahniah diucapkan kepada penyanyi antarabangsa yang telah membawa nama ke persada antarabangsa, Yuna setelah selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.

Tambah Yuna lagi, majlis pertunangannya itu telah berlangsung di rumah ibu bapanya di Shah Alam, Selangor namun hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabatnya sahaja.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

“Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin ucap ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya.

“Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair,” katanya kepada mStar Online.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai, 31, berkata keluarga tunangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, telah merisik dirinya pada 27 Mac yang lalu.

Mesti ramai yang dah tahu tentang kisah pecintaan Yuna dan Adam ni. Pada awal perkenalan mereka, Adam merupakan seorang pengarah di set rakaman sebuah iklan filem pada awal tahun 2013.

Biasalah, mula-mula kita kawan dulu. Lama-lama pasti akan timbul rasa cinta. Adam dan Yuna dah pun bincangkan soal perkahwinan ketika hubungan mereka mula serius.

Bagi Yuna, pertunangan mereka itu merupakan tanda langkah pertama bagi pasangan ini untuk hidup bersama di masa akan datang.

Yuna juga telah melafazkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Adam kerana pemuda itu merupakan seorang lelaki yang sangat penyanyang dan baik hati.

“Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa.

“Saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, Insya-Allah,” tambah Yuna lagi.


Sebenarnya pagi tadi dah kecoh kat Instagram bila ramai yang kata Yuna dan Adam akan bertunang. Mana taknya, dua-dua main teka tepi upload gambar waktu kanak-kanak. Bukan main ya main teka-teki pula.

Apa yang lucunya ialah Adam memuat naik gambarnya ketika kecil yang comot dengan kapsyen yang sangat cuit hati seolah-olah menyuruh Yuna berfikir sebelum membuat keputusan yang seterusnya “Are you sure Yuna?” (Adakah anda pasti Yuna?).

Ramai juga yang meninggalkan komen ucapan tahniah kepada mereka berdua. Berduyun-duyun peminat mendoakan Yuna dan Adam.

Yuna pula membalas dnegan gambarnya ketika kecil di atas pelamin. Wuuuu… Yuna dah rasmikan dulu pelamin ni nampaknnya.

Tulis Yuna dekat kapsyennya itu We came a long way, didn’t we?” (Sudah sekian lama perjalanan kita berdua, tak begitu?).

Adam pernah menjadi pengarah muzik video Wanita Terbahagia untuk kakak iparnya, Bunga Citra Lestari, isteri kepada abangnya, Ashraf Sinclair.

Pemuda kacak ini juga tak terlepas untuk menjadi pengarah muzik muzik video wanita kesayangannya ini menerusi lagu Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

Masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri, jadi itulah yang merapatkan mereka ini. Lagi pula sering bekerjasama bersama, jadi tak ada masalah lah kan.

Selamat diucapkan kepada Yuna dan Adam. Semoga perjalanan seni dan perancangan mereka untuk next step berjalan dengan lancar hendaknya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori