Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Tak Mengaku...

BUTTERWORTH - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah...

3 Sekeluarga Ditahan Bantu...

SERDANG - Sepasang suami isteri berserta seorang anak perempuan mereka ditahan bagi membantu...

Johor Pertama Siri Jelajah...

SELEPAS dapat sambutan hangat ramai usahawan dalam talian sekitar ibu negara Jun lalu,...

Elemen Kematian Kevin Morais...

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan menegaskan empat elemen pertuduhan termasuk kematian Timbalan Pendakwa Raya, Datuk...

Taj Mahal Milik Muslim Bukan Hindu – Mahkamah India

NEW DELHI – Setelah berbalah pendapat dan kontroversi yang berpanjangan, sebuah mahkamah di India mengukuhkan ketetapan bahawa Taj Mahal adalah makam Muslim, bukan kuil Hindu.

Keputusan itu diambil setelah tuntutan yang diajukan oleh enam peguam beragama Hindu yang mendakwa salah satu keajaiban dunia itu konon sebuah kuil Hindu bernama Tejo Mahalaya didedikasikan untuk Dewa Shiva.

Kumpulan peguam itu menilai bahawa penganut Hindu seharusnya diizinkan untuk beribadah di Taj Mahal, kerana sehingga kini hanya umat Islam yang diizinkan bebas melakukan solat di bangunan yang terletak di kota Agra itu.

Dalam proses penetapan keputusannya, pihak panel mahkamah itu telah mengumpulkan bukti dan keterangan daripada pelbagai sumber arkeologi rasmi yang diiktiraf pihak pemerintah India dan sejarawan antarabangsa.

“Pernyataan bertulis kita sangat jelas dan membantah dakwaan yang dikemukakan oleh peguam itu. Kami meminta supaya mahkamah menolak usul mereka,” kata Dr. Bhujan Vikrama, salah satu anggota majlis arkeologi tempatan.

Bukan sekali ini muncul dakwaan konon Taj Mahal adalah kuil diperuntukkan untuk umat Hindu. Pernah beberapa kelompok Hindu nasionalis, malah ekstremis sehingga pihak anti-Islam yang menolak kebenaran fakta sejarah.

Kebanyakan pencetus teori itu tidak senang bahawa bangunan kemegahan India itu adalah peninggalan kebudayaan Muslim. Mereka menuduh raja Mughal menghancurkan banyak kuil Hindu atau mengubahnya menjadi masjid.


Justeru timbul dakwaan konon Taj Mahal juga adalah salah satu bekas kuil Hindu yang ditukar fungsinya. Taj Mahal adalah salah satu lokasi pelancongan paling popular di India dan dikunjungi hingga lapan juta orang setiap tahun.

Ia dibangunkan kaisar Mughal, Shah Jahan, yang memerintah dari tahun 1628 hingga 1658 sebagai makam untuk isteri tersayangnya, Mumtaz Mahal. Kisah cinta suci baginda malahan diperakui ramai sejarawan dunia sendiri.

Sejak 1983, Taj Mahal diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kemudian pada 7 Julai 2007 ia menjadi antara tujuh pemenang dalam inisiatif 7 Keajaiban Dunia Baharu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori