Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kempen Di Sekolah, Tadika...

KUALA LUMPUR - Kempen kesedaran tentang bahaya panggilan palsu di peringkat sekolah dan...

Mira Filzah Perjelas Gambar...

KECOH sekeping gambar milik Mira Filzah yang menunjukkan dia sedang bergambar dengan objek replika...

Timbalan Menteri Pertahanan Thailand...

BUKIT KAYU HITAM - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

Potensi Besar Untuk Semua...

KUALA LUMPUR - Industri kereta api Malaysia mempunyai potensi besar untuk berkembang apabila...

Tak Sudah Kakak, Mak Joy Pula Buka Mulut Bela Anak

TAK cukup dengan kakaknya, sekarang mak dia pulak nak masuk campur urusan kelambu anak sendiri. Tak sudah-sudah pulak drama swasta ni.

Baca: Hafiz Terang Situasi Sebenar Mengapa Bubar Perkahwinan

Kalau hari itu, kakak kepada Siti Arifah Mohd. Amin atau Joy, sibuk mengeluarkan kenyataan di Facebook yang membongkar hal rumah tangga Hafiz Hamidun dan adiknya sendiri.

Katanya mereka tidak pernah tidur sebilik, Joy dibiarkan sakit seorang diri dan banyak lagi.

Sekarang, keadaan bertambah kusut lagi bila ibu kepada Joy sendiri, iaitu Safiah Abbas dengan lantangnya memerli Hafiz di Facebook berkenaan isu tidak sah perkahwinan yang didakwanya tempoh hari.

Alahai makcik, kenapa nak sibuk lagi? Diam-diam sudahlah. Keluarga Hafiz sendiri pun tak ada keluar apa-apa kenyataan yang nak membelanya. Kan lebih baik senyap je daripada menyibuk dan tambah lagi api sedia marak?

Iya, kita faham, sebagai seorang ibu, mestilah dia nak bela anaknya kan. Tapi bukan dengan cara mencampakkan batu macam ni. Bila dah jadi macam ni, mula lah netizen pula yang memerli keluarga ni.


Kan dah burukkan nama keluarga anda semua. Haritu si kakak, ni hari ibu pula. Lepas ni siapa pula ahli keluarga yang bakal bersuara lagi?

Ada baiknya kedua-dua pihak tutup mulut dulu buat masa ni. Biarkan saja mahkamah yang membuat keputusan pada 14 September nanti.

Mudah-mudahan semuanya akan berakhir. Kita sendiri pun makin lama makin dah naik muak dengan isu masuk campur pihak luar yang memandai-mandai. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori