Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Penjual Burger, Pelajar Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual burger dan seorang pelajar sekolah mengaku tidak bersalah...

K.Lumpur Maklumkan Jakarta Jerebu...

TAIPING - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memaklumkan kepada negara jiran...

Polis Berkas 5 Remaja...

KUANTAN - Polis memberkas lima daripada lapan remaja anggota Geng Syairi yang dipercayai...

Tulang Mereput ‘Seperti Kayu...

Perai - “Tulang saya mereput setiap hari dan sudah hampir 100 kali anggota...

Takdir Ngeri Penunggang Superbike…

SEORANG kontraktor maut digilis kenderaan selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki terbabit dalam kemalangan di KM26.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, kejadian 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Moh Halmi Haroon, 53, maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang BMW S1000RR hilang kawalan dan gagal elak kereta bergerak di lorong sebelah kanan jalan hala ke Johor Bahru.

“Mangsa melanggar tepat bahagian belakang kereta dan tercampak ke lorong sebelah kiri jalan,” kata Razak yang dihubungi media.

Mangsa kemudiannya dipercayai digilis oleh beberapa kenderaan tidak diketahui yang melalui jalan itu menyebabkan mayat mangsa hancur.


“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulai,” kata Razak.

Insiden kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan polis. – Harian Metro

Kategori