Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Operasi Masyair Tamat, Berjalan...

MAKKAH - Operasi Masyair yang merupakan kemuncak ibadah haji, berakhir secara rasmi malam...

Bot Pancung Disyaki Milik...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu merampas sebuah bot...

Zionis Kecam Real Madrid...

MADRID - Kelab bola sepak Real Madrid dikritik pegawai Israel semalam selepas remaja...

Fasha Sandha Bawa Keluarga...

SEMPENA kedatangan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon Fasha Sandha berkata...

Tanggapan Peminat Punca Gosip Cinta Lokasi – Ayda

PELAKON kecil molek, Ayda Jebat sebelum ini pernah dikaitkan dengan cinta lokasi bersama Zul Ariffin menerusi siri drama lakonan mereka, Rindu Awak 200%.

Kali ini dia digossipkan pula bersama-sama aktor Redza Rosli. Namun menurut Ayda, gossip dan cinta lokasi seseorang artis itu berpunca daripada tanggapan peminat.

Ayda Jebat dan Zul Ariffin.

Tambahnya, selain daripada dirinya, ramai lagi artis yang melalui fasa tersebut namun bukan semua pasangan pelakon menjadi perbualan.

“Rasanya ramai artis yang dikaitkan dengan cinta lokasi tapi mungkin cerita mereka tidak diambil kisah atau tiada yang ambil tahun.

“Saya memang suka muat naik gambar di laman sosial. Jika gambar bersama hero drama itu menarik, ia mesti menjadi bualan.

“Mungkin dari situ peminat menganggap saya bercinta dengan pelakon lelaki tersebut kerana di laman soaial saya ada banyak gambar berdua,” katanya kepada mStar Online.


Ayda Jebat dan Redza Rosli.

Jelas Ayda, dia juga tidak mahu mengambil pusing tentang apa yang diperkatakan tentang dirinya kerana gambar yang dikongsikan olehnya adalah kerana komitmen kerja.

“Kadang-kadang apa yang saya muat naik di laman sosial atas dasar kerja sahaja tapi disalah anggap pula.

“Saya tak kisah apa orang nak kata. Yang penting orang suka pada lakonan saya. Lagi pun gossip cinta lokasi akan beri kesan pada karier,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori