Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rohani: Bapa Budak...

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul...

Penggodam Anonymous Beri Amaran...

SHAH ALAM - Kumpulan penggodam terkenal, Anonymous Malaysia (Anonymous) kembali muncul dengan sebuah...

PM Umum Tambahan Ganjaran...

SEPANG - Semua lapan atlet Malaysia yang berjaya memenangi pingat sama ada perak...

Malaysia, Pakistan Bincang Isu...

PUTRAJAYA – Para pemimpin Malaysia dan Pakistan hari ini mengadakan berbincangan mengenai isu-isu...

Tangkap Jerung Di Galapagos, Anak Kapal China Dijel

QUITO – Sebuah mahkamah di Ecuador menjatuhkan hukuman penjara serta denda terhadap anak kapal warga China kerana didapati bersalah melakukan aktiviti menangkap ikan jerung di kawasan rizab di laut Galapagos.

Kapal Fu Yuan Yu Leng 999 ditahan di kawasan zon larangan pada 13 Ogos dengan muatan 300 tan ikan termasuk kira-kira 6,000 ikan yu dan kebanyakannya adalah spesies dilindungi seperti ‘hammerhead’ dan ‘bigeye thresher’.

Pada Ahad (27 Ogos) mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada kapten kapal berkenaan kerana melakukan jenayah alam sekitar.

Sementara, tiga lagi pegawai tertinggi kapal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun manakala 16 lagi anak kapal masing-masing dikenakan hukuman setahun penjara.

Kesemua tertuduh juga diarahkan membayar denda sebanyak US$5.9 juta kepada Taman Negara Galapagos.

Tidak dapat dipastikan sama ada tertuduh akan membuat rayuan atau tidak.

“Selepas apa yang berlaku, kami berpendapat ganti rugi itu dapat mengimbangi kerosakan yang berlaku,” kata pengarah taman itu Walter Bustos.


Kawasan rizab seluas 138,000 kilometer persegi itu adalah tempat perlindungan jerung sebagaimana ditetapkan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak Warisan Dunia.

Terdapat 19 pulau di Galapagos dan didiami seramai 27,000 penduduk.

Terletak di Pasifik kira-kira 1,000 kilometer dari pantai Ecuador, Galapagos terkenal dengan flora dan fauna yang unik. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori