Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Usaha Kesan Individu,...

BALING - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mempelbagaikan usaha mengesan individu dan...

Yang Di-Pertuan Agong Terima...

BEIJING : Yang di-Pertuan, Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China,...

Mantai Perdana Di Negeri...

SEREMBAN - Rakyat di negeri ini boleh mendapatkan bekalan daging dan ayam dengan...

Pegawai Khas Menteri Arah...

ANEH... Belum cukup 100 hari berkuasa, namun Pakatan Harapan (PH) jelas gentar dengan...

Tarif Elektrik Dikenakan Mengikut Kos Sebenar

KUALA LUMPUR – Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarkan kos sebenar yang telus dan sistematik, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Kawalselia Pasaran Elektrik ST, Marlinda Mohd Rosli berkata pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang dilaksanakan setiap enam bulan turut terbahagi kepada tiga elemen termasuk kos bekalan dan kos perbelanjaan.

“Kos-kos inilah yang kita akan tentukan secara efisien serta telus dan ini akan dilakukan menerusi Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang telah diperkenalkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) bertajuk ‘Pelarasan Rebat Tarif Elektrik’ di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran pada 19 Julai lepas.

Menjelaskan selanjutnya, Marlinda berkata kos bekalan terbahagi kepada beberapa aspek antaranya kos bahan api dan kos modal.

“Bila kita tetapkan tarif asas tahun 2014 berasaskan unjuran kos (kita andaikan harga bahan api akan naik) tetapi Alhamdulillah sejak kita mulakan (penetapan tarif) harga arang batu menurun.

“Kecuali tempoh ini sahaja ia (harga arang batu) naik tetapi sepanjang tiga tahun lepas harga bahan api telah turun. Satu lagi bahan api yang kita teliti adalah harga gas asli cecair yang turut menurun,” katanya.


Marlinda berkata, bagi kos perbelanjaan, ianya terdiri daripada kos seperti pembangunan infrastruktur, penghantaran dan pengagihan.

Menurutnya, elemen lain yang turut diterapkan dalam penetapan tarif elektrik adalah standard prestasi oleh syarikat elektrik yang selaras dengan kadar yang dikenakan.

“Objektifnya adalah untuk memastikan tarif elektrik diletakkan pada kadar yang munasabah dan pada masa yang sama kita memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd ataupun Sabah Electricity Sdn Bhd di Sabah,” katanya.

IBR yang diperkenalkan oleh ST pada 2014 adalah bagi menambah baik proses pengenaan tarif kepada pengguna selain membolehkan kerajaan memantau secara berkesan kos pembekalan tenaga elektrik.

Melalui IBR, tarif asas ditetapkan pada setiap tiga tahun dengan mengambil kira semua kos berkaitan penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik bagi membolehkan pelarasan kos bahan api dan penjanaan dibuat setiap enam bulan menggunakan mekanisme ICPT. – BERNAMA

Kategori