Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelik Ada Serentak 2...

BELUM pernah berlaku dalam sejarah perundangan Malaysia boleh ada dua Ketua Hakim Negara...

Majlis Tahnik Anak Siti:...

AMPANG - Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tahnik anak...

Penerima i-Lestari, i-Sinar Perlu...

KUALA LUMPUR - Penerima i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang...

BN Sabah Beri Komitmen...

KOTA KINABALU - Memelihara hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)...

Tarikh Tutup Pertandingan Kibar Dilanjut 13 Ogos

SEREMBAN – Tarikh tutup Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Keceriaan peringkat Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang sepatutnya berakhir pada Isnin lepas dilanjutkan pada 13 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Keindahan dan Keceriaan sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Sembilan, Zainal Fitri Ahmad berkata sebanyak 1,500 penyertaan diterima setakat ini merangkumi taman perumahan, rumah kediaman (individu), pintu gerbang, Anjung Komuniti 1Malaysia, kereta, masjid, surau dan lain-lain rumah ibadat.

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM29,500 dan Piala Pusingan Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut meliputi bangunan kerajaan dan swasta, kampung serta sekolah.

Zainal Fitri yang juga Pengarah SWCorp Negeri Sembilan berkata penganjuran pertandingan itu bertujuan menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dan penganjuran kali kedua peringkat negeri kali ini diadakan secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.


“Setakat ini, hampir 127,000 Jalur Gemilang pelbagai saiz telah dipasang dan dikibarkan melibatkan lebih  1,500 penyertaan di seluruh negeri,” katanya. – BERNAMA

Kategori