Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gempar!! Doktor New...

Penularan virus berbahaya Ebola amat digeruni masyarakat dunia kerana hingga kini, beribu kematian dikatakan...

Banjir: Penduduk Puji Tindakan...

TAMPIN - Kecekapan agensi kerajaan menghulurkan bantuan dan memastikan langkah keselamatan untuk penduduk...

Harga RON97 Naik 10...

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter...

Kumpulan Doktor Kontrak Adakan...

KUMPULAN doktor kontrak di hospital-hospital kerajaan mengadakan protes di seluruh negara pagi ini...

Taufan Harvey Diramal Terus Badai Texas

HOUSTON – Banjir akibat Taufan Tropika Harvey, yang sudah meragut tujuh nyawa di Texas dan memaksa 30,000 meninggalkan kediaman mereka, berkemungkinan memuncak dalam masa beberapa hari.

Amaran itu dikeluarkan pegawai ketika hujan lebat terus mencurah di Pantai Teluk Amerika Syarikat.

Tentera Pengawal Kebangsaan, pegawai polis, pekerja keselamatan dan penduduk awam bekerja keras menggunakan helikopter, bot dan trak khas untuk menyelamatkan ratusan penduduk yang masih terkandas di dan sekitar Houston, bandar raya keempat terbesar negara itu.

Ribut itu adalah yang paling kuat melanda Texas dalam tempoh lebih 50 tahun apabila tiba di pantai Jumaat lalu berhampiran Corpus Christi, 354 kilometer ke selatan Houston.

Ia dipercayai meragut enam nyawa di daerah Harris, menurut jurucakap pejabat koroner wilayah itu, Tricia Bentley, termasuk seorang lelaki yang maut dalam kebakaran rumah dan seorang wanita warga emas yang cuba memandu mengharungi jalan raya ditenggelami air di barat bandar raya itu.

Gabenor Texas, Greg Abbott, memberi amaran kepada penduduk Houston supaya bersedia berdepan risiko tempoh masa panjang untuk pulih sepenuhnya.


“Kita perlu sedar ini akan menjadi kebiasaan baharu dan berbeza bagi rantau ini,” katanya selepas melawat Corpus Christi.

Harvay dijangka terus membadai Pantai Teluk Texas untuk beberapa hari lagi, membawa bersama hujan 25 hingga 51 sentimeter, dengan ancaman banjir merebak ke Louisiana. – Reuters/BH ONLINE

Kategori