PELAKON dan pelawak, Fikry Ibrahim memberitahu berasa kecewa kerana ada pihak seperti sengaja mencipta isu untuk menjatuhkan namanya di dalam industri.
Katanya, pihak tersebut mendakwa dirinya bersikap ‘diva’ di sebuah set penggambaran drama kerana sering merungut dengan cuaca panas sehingga menjejaskan penggambaran.
“Sebenarnya saya agak kecewa apabila ada pihak seperti sengaja mencipta isu sebegini. Saya tahu kedudukan saya sebagai orang baru dalam insudtri, takkan saya nak berkelakukan seperti itu?”
Menurut Fikry, 23, dia juga didakwa cuba menumpang populariti Fattah Amin yang sedang melonjak naik didalam industri.
Jelasnya, jika benar dakwaan tersebut mengapa pihak terbabit tidak menegurnya secara berdepan.
“Sepatutnya pihak tersebut datang menegur saya secara berdepan, bukan membuat cerita di belakang sehingga menimbulkan persepsi kurang enak terhadap saya” katanya kepada mStar Online.
Walau bagaimanapun katanya, dia menganggap perkara tersebut sebagai asam garam bergelar anak seni dan akan  bersikap positif. – MYNEWSHUB.CC