Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Seorang Rakyat Malaysia Khuatir...

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang menetap di London menunggu dengan penuh...

Maybank Perkenal Pengeluaran ATM...

KUALA LUMPUR : Maybank menambah satu lagi perkhidmatan perintis dalam penawaran perbankan digital...

Kerjasama DAP, Mahathir Amar...

KUALA LUMPUR - Parti DAP mendakwa bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr....

828 Saman Dalam Operasi...

BUTTERWORTH - Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari...

Tentera Selamatkan Tebusan Warga Vietnam

MANILA – Seorang kru kapal warga Vietnam yang menjadi tebusan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina selama sembilan bulan berjaya diselamatkan, kata tentera semalam.

Jurucakap tentera, Jo-Ann Petinglay berkata, tentera menyelamatkan tebusan itu pada Ahad lalu di pulau Basilan selepas meningkatkan operasi terhadap militan berkenaan.

“Tebusan itu berjaya melarikan diri dari militan ketika operasi berlangsung dan askar kami menyelamatkannya dengan bantuan orang tempatan.

“Kami melancarkan operasi berterusan terhadap kumpulan itu termasuk serangan udara. Kumpulan itu kini tertekan,” katanya.

Petinglay menafikan wang tebusan dibayar sebagai syarat untuk membebaskan kru kapal itu.

Mangsa, Do Trung Hieu bersama lima lagi kru diculik pada November lalu ketika kapal kargo mereka berlayar berhampiran pulau Basilan.


Militan memenggal kepala dua kru itu pada bulan lalu selepas gagal mendapatkan wang tebusan.

Seorang lagi kru masih ditawan Abu Sayyaf manakala seorang diselamatkan pada Jun lalu dan seorang lagi terbunuh dalam pertempuran pada Julai. – AFP/myMetro Online

Kategori