Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Pantau Kegiatan Militan...

IPOH - Polis Perak sentiasa memantau kegiatan orang awam di negeri ini bagi...

Suhu Bumi Dijangka Naik...

LONDON: Dunia kini berada di landasan untuk kepanasan ekstrem apabila suhu bumi dijangka...

‘Spiderman Perancis’ Ditangkap Di...

MANILA - Pemanjat bebas Perancis, Alain Robert ditangkap semalam, kata polis, selepas dia...

Nelayan Diminta Daftar Dengan...

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini...

Terdahulu Stesen MRT, Kini ‘Annabelle’ Ke Sunway Pula

TIDAK habis lagi dengan kontroversi patung berhantu ini. Mulanya ‘menawan’ salah satu stesen MRT. Kini, ia ‘berkeliaran’ pula sampai ke sebuah pusat beli belah terkenal?

Baca: Jaga-Jaga…Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!

Fuhhh…Bukan main ya Annabelle ni. Cari apa tu agaknya sampai ke sana?

Kejadian yang berlaku di Sunway Piramid itu menjadi viral baru-baru ini apabila pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan memuat naik posting berkaitan patung tersebut.

“Lion’s friend is lost in the mall! Can anyone help her get home? 😥👧🏼, ujar pengendali media sosial pusat beli-belah itu sambil berkongsi beberapa gambar dan video Annabelle ‘berkeliaran’.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 5,000 likes dan 4,000 shares itu telah menerima pelbagai reaksi daripada para netizen di mana rata-rata antara mereka menganggap ia lucu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang beranggapan perkara seperti itu perlu dipandang serius.


Hal ini kerana dengan meletakkan patung itu merata tempat hanya akan mengganggu keselamatan terutamanya kanak-kanak.

“Orang dewasa mungkin tidak akan rasa terganggu tetapi kanak-kanak mungkin terkejut. Perkara ini perlu berhenti,” komen salah seorang netizen, Erene Says.

Bagaimanapun, pihak pengurusan memberitahu bahawa patung itu diletakkan atas tujuan untuk mempromosi filem terbaru Annabelle yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori