Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Amerika Syarikat Tak Iktiraf...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengiktiraf Dewan Perlembagaan Negara (ANC) Venezuela yang...

RMK10: Ekonomi Negara Kekalkan...

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), antara 2011-2015, ekonomi negara...

9 Penguat Kuasa Didakwa...

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah...

Polis Buru Sekumpulan Lelaki...

Kulai : Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis dalam cubaan...

T’ganu Bakal Buka Hab Pelancongan Di China

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan membuka hab pelancongan di bandar Huaxi, iaitu perkampungan terkaya di wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan wilayah itu telah meluluskan tanah seluas 0.4 hektar untuk dibina sebuah pavilion di bandar itu yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu dengan kos RM3 juta.

Katanya, satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani dengan kerajaan wilayah itu dan pembinaan pavilion itu akan bermula bila-bila masa dari sekarang.

“Terengganu negeri pertama yang membina pavilion berkenaan di mana lokasinya  terletak dalam kawasan yang menempatkan mercu tanda pelancongan terkenal seluruh dunia seperti London Bridge.

“Selain akan menjadi menjadi hab pelancongan Terengganu di negara China, pavilion itu juga akan menjadi menjadi pusat untuk kita memasarkan pelbagai produk milik perusahaan rakyat Terengganu dan pameran mengenai tarikan pelancongan di negeri turut akan diadakan di situ dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Peranakan Cina Terengganu 2017 di Kampung Cina, di sini, semalam.


Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan kerajaan beberapa wilayah di negara itu bagi mewujudkan penerbangan khas yang akan membawa pelancong-pelancong dari wilayah tersebut terus ke negeri ini.

“Kita berharap jika kerjasama itu berjalan lancar, sasaran untuk menarik 80,000 pelancong China ke negeri ini pada tahun depan akan tercapai,” katanya. – BERNAMA

Kategori