Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Sekali Lagi Khairul...

JUARA kali kedua perlumbaan motosikal Moto3 Grand Prix (GP) Jerman, Khairul Idham Pawi...

Seorang Lagi Mangsa Letupan...

Isteri kepada Allahyarham Ayob Hashim, 34, anggota tentera yang terbunuh dalam letupan bom...

0.01 Peratus Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hanya 0.01 peratus daripada 1.6 juta...

Tergamak Potong Puting Payu...

KEJAM….seorang lelaki mengaku salah atas tuduhan memotong puting payu dara kekasihnya dengan sebilah...

Tiada Lagi Perbincangan PKR-PAS Hadapi PRU-14

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi dengan PAS berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu selaras dengan persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lepas yang menolak sebarang kerjasama dengan PAS pada PRU-14 .

“PKR secara rasmi tidak akan mengadakan kerjasama dengan PAS sebaliknya akan memberikan fokus kepada penyusunan strategi bagi mengadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU-14 kelak.

“Keputusan ini kita terima dan akan kami laksanakan, fokus kita sekarang ialah untuk membina jentera bagi PRU-14,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya mengenai ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Mesyuarat Biro Politik PKR ketika membincangkan perkara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, berkata beliau mempunyai urusan lain pada waktu berkenaan.


Sebelum ini, kenyataan Mohamed Azmin yang sedia berbincang dengan PAS berhubung pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU akan datang, tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PKR termasuk Naib Presidennya Rafizi Ramli yang membantah kerana boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penyokong.

Pada Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menamatkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR selepas kecewa dengan beberapa tindakan PKR yang dikatakan membelakangkan parti itu. – BERNAMA

Kategori