Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Terima Kasih Ya Allah...

PELAKON jelita, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana diberikan diberi peluang menjejak kaki...

Belia, Beliawanis Sabah Digalak...

SANDAKAN - Belia dan beliawanis di negeri ini digalakkan untuk membina potensi dan...

2 NGO Gagal Cabar...

PUTRAJAYA: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gagal dalam rayuan mereka untuk memperoleh kebenaran...

Pelajar Tingkatan 5 Meninggal...

SEORANG pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Selangor dilaporkan...

Tiga Mayat Lama Ditemui Di Puncak Mont Blanc

ROME – Tiga mayat yang dipercayai meninggal dunia beberapa tahun lalu, ditemui di puncak tertinggi Mont Blanc, dekat Itali.

“Kita boleh kata bahawa kematian ini berlaku sekitar 1995,” kata jurucakap perkhidmatan polis penyelamat Alpine di wilayah barat daya Itali, Val d’Aoste.

Menurut media Itali, penggera dibunyikan oleh pendaki Perancis yang menemui mayat itu dan mengambil gambar mereka.

Operasi sedang dijalankan untuk mengeluarkan tiga mayat berkenaan yang masih terikat bersama dengan tali.

Mont Blanc, yang terletak di barat laut sempadan di antara Itali dengan Perancis, sering menyaksikan kemalangan maut dalam kalangan pejalan kaki dan pendaki.


Satu siri kemalangan maut dilaporkan di pergunungan itu bulan lalu, membabitkan pendaki dari Perancis, Republik Czech, Korea Selatan dan Ukraine.

Bagaimanapun, tugas mencari dan menyelamat pendaki Jepun yang hilang sudah dihentikan minggu lalu. – AFP/BH ONLINE

Kategori