Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebuhraya Pan Borneo Bukti...

SERIAN - Lebuhraya Pan Borneo bernilai lebih RM16 bilion menjadi bukti kesungguhan kerajaan...

3 Doors Down Setuju...

WALAUPUN kebanyakan artis menolak untuk mengadakan persembahan sempena majlis angkat sumpah Donald Trump...

Kolej Universiti Oxford Turunkan...

LONDON - Kolej Universiti Oxford, bekas pusat pengajian Aung San Suu Kyi berkata,...

Keputusan Pengundi Saman SPR...

MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan Isnin ini untuk membuat keputusan...

Tiket Sukan SEA Laris, Kena Beli Awal Elak Kecewa

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan sukan secara lansgung pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan di saat akhir.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata ini disebabkan penjualan tiket berjalan dengan pantas yang menyaksikan sesetengah tiket telah habis dijual sejak ia dilancarkan pada 4 Julai.

“Setakat ini, tiket bagi beberapa acara sukan iaitu bola jaring, bola keranjang, pencak silat, taekwondo, renang dan acara akhir bagi futsal dan lumba basikal (trek) telah habis dijual.

“Dalam pada itu penjualan tiket untuk acara seperti karate, badminton, gimnastik, ragbi, bola sepak serta upacara pembukaan pada 19 Ogos berjalan dengan pantas,” kata kenyataan.

Masoc berkata keputusan untuk menjual tiket bagi menyaksikan acara sukan tertentu adalah disebabkan beberapa faktor seperti kapasiti tempat duduk yang terhad di venue tertentu dan untuk mengawal kehadiran penonton serta memastikan keselamatan selain memberi keselesaan kepada penonton di venue pertandingan.

Kenyataan itu berkata, walaupun beberapa acara memerlukan orang ramai membeli tiket, tetapi penonton masih boleh menyaksikan kelompok acara sukan lain secara percuma.


Acara sukan itu ialah akuatik, memanah, boling, tinju, kriket, lumba basikal, ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling ladang, petanque, perahu layar, menembak skuasy, ping pong, tenis, triathlon, bola tampar, ski air dan papan luncur, angkat berat dan wusyu.

Masoc berkata tiket akan dijual sehingga temasya sukan itu berakhir atau tiket telah habis dijual.

Orang ramai boleh membeli tiket secara atas talian di laman web rasmi Sukan SEA; www.kualalumpur2017.com.my atau di stor-stor terletak di venue masing-masing bagi setiap perlawanan. – BERNAMA

Kategori