Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tok Non Meninggal Dunia

GEORGETOWN - Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman,...

Jumpa Petanda Baharu Kesan...

TANGKAK - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai petanda baharu bagi mengesan dua...

Tempoh 50 Tahun Konsesi...

KUALA LUMPUR – Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE)...

Timbalan Perdana Menteri Jadi...

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun...

Tiz Tiada Masalah Berganding Dengan Ex-BF Remy Ishak

Ingat lagi drama popular sekitar tahun 2009 yang melonjakkan nama Tiz Zaqyah? Ya, drama Nur Kasih yang pernah menggandingkannya dengan Remy Ishak suatu ketika dahulu.

Kini, pasangan ini bakal digandingkan semula menerusi drama bersiri sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60, Anak Merdeka.

Nyata pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak atau lebih mesra disapa Tiz Zaqyah, 29, tidak kekok untuk bergandingan kembali dengan bekas kekasihnya, Remy Ishak selepas lima tahun kisah cinta mereka berlalu.

Menurut Tiz, semasa sesi bacaan skrip barulah dia tahu akan gandingan tersebut dan tidak mempunyai masalah dengannya semasa pengambaran yang telah dijalankan beberapa bulan lalu.

“Kami sudah membuang jauh perkara lama dan bersikap profesional ketika di lokasi penggambaran. Mungkin bagi sesetengah pelakon, sukar untuk kembali mendampingi bekas kekasih tetapi tidak bagi saya,” katanya dipetik laporan BH Online.

Tiz juga mengakui hubungan rakan sekerjanya dengan Remy baik dan menganggap berlakon dalam drama ini sebagai satu penghormatan buat dirinya.

“Selama tiga bulan menjalani penggambaran, kami menjalankan tanggungjawab sebagai rakan sekerja dengan baik. Kematangan mengajar saya supaya tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak mengungkit perkara lalu.

“Tambahan pula, Anak Merdeka ialah naskhah berkualiti dan peluang beraksi dalam produksi berlatarkan kisah patriotik tidak selalu datang. Peluang menjayakan projek besar ini saya anggap sebagai penghormatan,” ujarnya.


Pemegang title Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 itu menyatakan keserasian antara dia dan Remy senang dibentuk kerana pengalaman yang diperolehi kedua-dua pelakon itu.

“Semuanya menjadi mudah kerana saya sudah memahami cara kerja Remy. Lebih-lebih lagi apabila Kabir turut terbabit sebagai pengarah dalam satu episod, membuatkan saya teruja kerana ini seperti pertemuan semula tenaga produksi Nur Kasih.

“Kami sudah lama bekerja dalam bidang ini dan tahu cara untuk beraksi setiap kali berdepan dengan kamera. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa isu yang timbul dan Remy juga memberikan kerjasama yang baik,” tambahnya lagi.

Watak Tiz dan Remy Ishak sebagai pasangan suami isteri di dalam drama enam episod ini turut diarahkan oleh Kabir Bhatia serta beberapa pengarah lain dan diterbitkan oleh Angsana Production.

Drama yang akan bersiaran di Astro Prima saluran 105 ini turut menampilkan Thanuja Ananthan dan Elvis Chan sebagai teraju utama.

Sementara itu, karier Tiz semakin berkembang apabila tidak lama lagi filem romantik komedi Kolestrol VS Cinta yang dilakonkannya bersama Kamal Adli bakal menemui peminat filem pada September depan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori