Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adakah Kerajaan Berbelanja Sesuka...

Najib : Adakah Kerajaan Berbelanja Sesuka Hati?

Najib Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak...

Mana Ada UMNO Lobi...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan UMNO...

Konvoi World #QuranHour Tiba...

SHAH ALAM - Konvoi seramai1,200 penunggang motosikal yang menyertai program Ride for World...

Tonjolkan Kreativiti Semarakkan Bulan Kemerdekaan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menggesa orang ramai menonjolkan inisiatif dan kreativiti mereka bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya turut menggalakkan pemimpin di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melaksanakan pelbagai pertandingan untuk melahirkan rasa cinta dan semangat patriotik mereka kepada negara.

“Seperti di DUN Kuala Berang saya difahamkan mereka melakukan pertandingan mengikut keluarga dengan membabitkan 6,000 keluarga di kawasan itu dan ini satu idea yang bagus dan boleh dikembangkan di kawasan lain,” katanya selepas melancarkan Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2017 peringkat Negeri Terengganu hari ini.

Ahmad Razif turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meminta semua premis di negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Terengganu tanda sokongan mereka kepada kemerdekaan tanah air.

Jelasnya penduduk kampung disaran melakukan langkah yang sama dengan memeriahkan kawasan kampung, rumah, bangunan dan pejabat dengan bendera kebanggaan negara itu.

“Ia sebagai tanda sokongan dan ingatan kepada para pejuang yang dahulu berjuang untuk kemerdekaan negara ini…orang kita mempunyai semangat patriotik yang tinggi termasuk generasi baharu seperti pelajar sekolah,” katanya.


Beliau berkata pada perarakan Hari Kebangsaan tahun ini juga, setiap DUN akan menghantar kontinjen untuk menyertainya pada 31 Ogos nanti.

Pada majlis itu, Ahmad Razif turut melepaskan 107 peserta konvoi Kembara Merdeka Negaraku Jabatan Penerangan dengan melibatkan 56 kenderaan termasuk pacuan empat roda dan motosikal berkuasa besar.

Peserta konvoi yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta itu akan mengambil masa selama 16 hari bermula 8 Ogos lepas, menjelajah di seluruh Semenanjung Malaysia. – BERNAMA

Kategori