Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penjara 6 Bulan Balasan...

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan...

MTD Mula Program Prauniversiti...

KUALA LUMPUR - Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan memulakan program prauniversiti untuk pelajar...

Tiada Lagi Skim Bantuan...

TEMERLOH - Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun...

PAS Dedah Wajah Sebenar...

KUALA LUMPUR - PAS mendedahkan antara usaha terawal DAP dalam menghalang undang-undang Islam...

TPM Dedah Mahathir ‘U-Turn’ Guling PM, Ada Rakaman

JERLUN – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada rakaman perbualan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung strateginya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata, rancangan sulit Mahathir tersebut diceritakan sendiri oleh bekas perdana menteri berkenaan dalam satu pertemuan diadakan pada 2015 lalu.

Ia sekali gus membongkar rahsia Mahathir sebenarnya berbohong apabila baru-baru ini terdedah identiti asalnya dan terpaksa buat ‘cerita’ konon Ahmad Zahid merancang ‘guling’ Najib untuk menjadi perdana menteri baharu.

Sebagai bekas tahanan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 oleh Mahathir, beliau bertindak secara rahsia membawa alat rakaman untuk memastikan tidak kembali terjerat dalam ‘permainannya’.

Ahmad Zahid mendedahkan bahawa pertemuan itu malah mendapat keizinan Najib selepas baharu 10 hari sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan rombakan Kabinet.

“Saya rakam perbualan ketika pertemuan itu dan rekod itu masih ada dalam simpanan saya. Beliau (Mahathir) kata akan bekerjasama dengan pemimpin UMNO untuk buat undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri di Parlimen.

“Keduanya, jika tidak berjaya juga, beliau akan buat memorandum kepada Raja-raja Melayu untuk mohon Yang di-Pertuan Agong pula pecat Najib. Tetapi dua tahun kemudian beliau kata saya pula cuba jatuhkan Perdana Menteri.

“Jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Yang bohong adalah orang itu (Mahathir). Apa logiknya saya pula hendak menjatuhkan Perdana Menteri sendiri selepas 10 hari dilantik sebagai timbalannya,” tegas Ahmad Zahid lagi.

Beliau mendedahkan satu lagi ‘pusingan U’ terbaharu Mahathir itu ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini pada Jumaat.


Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sarif; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Maznah Hamid.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau tidak akan ‘gigit tangan’ Perdana Menteri sebagai mana dilakukan penyandang sebelumnya dan ketika era Mahathir memerintah selama 22 tahun.

Ia susulan kenyataan Mahathir baru-baru ini yang mereka cerita konon Ahmad Zahid pernah jumpa bekas presiden UMNO itu secara rahsia lebih dua tahun lalu dan rancang ‘tumbang’ Najib dengan bantuan tokoh veteran tersebut.

Tohmahan itu disuarakan Mahathir selepas Ahmad Zahid mengesahkan secara terbuka latar belakang dirinya yang suatu ketika dahulu menjadi bahan jenaka politik pihak pembangkang apabila digelar sebagai Kutty dan Kerala.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi naik taraf Masjid Nur Salam di sini. Beliau turut menyeru ahli UMNO perlu istiqamah dan wala’ kepada pemimpinnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori