Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penternak Jumpa Mayat Bayi

JEMPOL - Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui seorang penternak lembu di...

Richrard Riot Sertai PKR,...

AHLI Parlimen Serian, Richard Riot Jaem, dilaporkan menyertai PKR hari ini.Hal itu dinyatakan...

Letupan Berhampiran UTC Ipoh...

IPOH - Letupan di Jalan Datuk Onn Jaafar, berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

Pelan Pembangunan Pendidikan Akan...

PUTRAJAYA - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan...

Sesak Di Lokas Nahas Lori Bawa Asid Terbalik

SEREMBAN – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan masih sesak ekoran kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki yang membawa muatan asid kimia dan sebuah kenderaan di KM 256 berhampiran tol Senawang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata kesemua laluan di kedua-dua arah masih ditutup bagi kerja-kerja membersihkan sisa tumpahan bahan kimia itu.

Tinjauan Bernama di lebuh raya berkenaan mendapati kesesakan berlaku sepanjang kira-kira 10 kilometer.
Kemalangan yang berlaku pada pukul 3 pagi itu menyebabkan pemandu lori berkenaan, Surazru Mohamed Sakeri, 37, dari Manek Urai, Kelantan, maut manakala dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Toyota Vios cedera parah.

Mayat pemandu lori dan dua mangsa yang cedera itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.


Tinjauan juga mendapati kren digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan lori terbabit dari lokasi kemalangan.
Operasi pembersihan dibantu beberapa agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar dan peronda lebuh raya utara selatan PLUS. – BERNAMA

Kategori