Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mila Jirin Mohon Maaf...

TERUK dikecam netizen hubungan pakaiannya yang dianggap terlalu seksi, penyanyi Mila Jirin memohon...

Tan Chee Tean Seorang...

ALOR SETAR - Persatuan Badminton Kedah (KBA) kehilangan seorang pemain badminton yang berdedikasi...

Empangan Tasik Bukit Merah...

BAGAN SERAI - Yayasan Pulau Orang Utan meminta kerajaan negeri Perak mendalamkan Empangan...

Ranking Menjunam Bukan Sebab...

JOHOR BAHRU - Kedudukan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lebih...

Tragedi Bosnia Kini Berulang Di Rakhine

DALAM sejarah moden selepas Perang Dunia Kedua 1941-1945, kali pertama perkataan Penghapusan Etnik digunakan ialah dalam Tragedi Pembunuhan di Srebrenica, Bosnia.

Tragedi ini dianggap pembunuhan massa paling besar, satu daripada ratusan insiden pembunuhan dalam Perang Bosnia bermula 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995.

Perang selama 3 tahun 8 bulan 2 minggu dan 1 hari itu mengorbankan lebih 100 ribu nyawa umat Islam di Balkan.

Puncanya, selepas perpecahan Yugoslavia berikutan jatuhnya Kerajaan Komunis Soviet, (Revolusi Bolshevik Rusia 1917-1987) Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan. Menjadikan ia negara majoriti Muslim.

Perkara ini membangkitkan krisis bersenjata apabila pemberontak Serb dan penganut Kristian Ortodoks yang disokong Kerajaan Serbia dan Rusia, bertindak membunuh orang Islam.

Dalam perang itu, tragedi pembunuhan paling tragik terhadap umat Islam di Sebrenica pada 11 hingga 13 Julai 1995. Hanya tiga hari, Tentera Serb membunuh lebih 8 ribu lelaki dan remaja Muslim.

Jenayah ngeri yang dikenang dunia sebagai paling dahsyat di Eropah, selepas tragedi Nazi dan Adolf Hitler membunuh 6 juta bangsa Yahudi di Jerman sepanjang empat tahun Perang Dunia Kedua.

Siapa Serb? Mereka penganut Kristian Ortodok yang mahukan negara Bosnia dijadikan negara bangsa Kristian Serb. Kemerdekaan Bosnia yang majoriti Muslim mencetuskan kemarahan kaum Serb.

Disokong Kerajaan Serbia, pemberontak Serb melancarkan perang penghapusan etnik Muslim Bosnia.

Penghapusan etnik di Bosnia diselamatkan Pakatan NATO yang memutuskan untuk menyerang Serbia setelah terdapat bukti jelas wujudnya jenayah perang terhadap umat Islam.


Serangan NATO pada 24 Mac 1999 mengakhiri Perang Bosnia dan lahirlah negara Islam Bosnia di Eropah pada yang diiktiraf merdeka sejak 1992.

Jadi, apa yang berlaku di Rakhine juga bukan isu baharu dalam era permusuhan agama pasca moden. Pembunuhan demi pembunuhan penduduk Buddha yang disokong Junta Tentera Myanmar sejak 2012, sah satu jenayah penghapusan etnik.

Penyisihan Muslim Rohingya bukan sekadar isu Perlembagaan Myanmar yang menganggap 1.1 juta penduduk Islam itu sebagai pendatang Bangladesh, tetapi ia agenda Junta Tentera dan penganut Buddha Myanmar yang mahu menghapuskan Islam dari Wilayah Rakhine.

Junta Tentera Myanmar boleh menyatakan apa sahaja alasan mengenai matlamat operasi ketenteraan itu, tetapi dunia jangan lupa: Ia satu jenayah penghapusan etnik yang mengulangi tragedi Sebrenica.

Pemimpin negara Islam pula tidak perlu terpinga-pinga. Ini bukan isu baharu. Kita sudah melihat lebih 100 ribu nyawa umat Islam disembelih di Bosnia.

Atau kita memang sengaja mahu melupakannya?

Mustahil kita mengharapkan NATO menyelesaikan isu Rohingya! – MYNEWSHUB.CC

Kategori