ERA antihak asasi pendatang kulit hitam di Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan era kelam pada penghujung abad ke-19 dan 60 tahun pertama abad ke-20 kini kembali menghantui AS.
Klu Klux Klan (KKK) yang terkenal imej wajah bertutup dan jubah kain guni kelabu kini mencerna wajah baharu politik AS. Sikap Trump yang menyokong ultra nasionalis kulit putih menjadikan KKK mendapat nafas baharu.
KKK ialah gerakan persaudaraan di AS yang memperjuangkan kekuasan kulit putih. Terkenal dengan jenayah penggunaan terorisme, keganasan untuk menindas pendatang terutama kulit hitam. KKK ditubuhkan pada 1866.
Selain KKK yang mewarisi sentimen induk mentaliti kulit putih yang mahu kekal menjadikan kulit hitam sebagai hamba, Trump ikut menyokong gerakan punk jalanan generasi baharu AS yang muncul pada dekad 1980-an.
Krisis keganasan jalanan di Charlottesville, Virginia adalah titik awal era keganasan akibat pertembungan idealisme ultra-nasionalis dan penyokong liberalisme liberti AS.
Kegagalan Trump mengkritik sikap ultra-kulit putih yang memberikan undi besar pada kempennya tahun lalu, menimbulkan persoalan: Apa nak jadi dengan AS?
Pentadbiran White House mempertahankan Trump, yang dikritik kerana tidak menentang perbuatan penyokong KKK dan Neo Nazi dalam tragedi demontrasi pelampau kulit putih yang bertukar ganas di Virginia, Sabtu lalu.
Seorang wanita maut manakala lebih 19 orang mengalami kecederaan di Charlottesvillea. Kejadian ganas apabila sebuah kereta merempuh orang ramai selepas satu perhimpunan anggota KKK dan pelbagai penyokong ultra nasionalis kulit.
Malah, Trump juga dilihat sengaja enggan mengecam puak pelampau kulit putih yang mencetuskan kekecohan itu serta hanya mengeluarkan komen umum sahaja.
Seperti diduga, sikap perkauman Trump dipertahankan White House, kononnya Presiden sudah menyelar kejadian di Virginia, walaupun tidak menyebut ia perbuatan pelampau kulit putih.
Kes Virginia bererti Trump dilihat meneruskan polisi perkauman setelah memulakan langkah tindakan anti-Islam dengan menghalang warga Sudan, Libya, Somalia, Libya, Iran dan Iraq memasuki AS sebaik sahaja menduduki White House pada 20 Januari lalu.
Kini Trump meluaskan lagi ideologi ultra nasionalis kulit putih dengan membiarkan KKK dan Neo Nazi memberontak di jalanan. – MYNEWSHUB.CC