Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Presiden PKR: Tugas Getir...

KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden...

Hilmi Kesal Tun M...

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr...

Bicara Kes Najib Bersambung...

KUALA LUMPUR - Setelah hampir empat bulan ditangguhkan, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri,...

Tidak Wujud Sikap ‘Touch...

KUALA LUMPUR - Tidak wujud sikap 'touch and go' dalam pelaksanaan Program Pemerkasaan...

Trump Puji Keputusan Bijak Korea Utara

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyifatkan Korea Utara telah mengambil keputusan “bijak” untuk tidak melancarkan serangan peluru berpandu ke Guam, lapor agensi berita China Xinhua.

Perkara itu dinyatakan Trump menerusi Twitternya, susulan tindakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un menangguhkan keputusan membedil peluru berpandu ke Guam.

Mengulas mengenai perkara itu, jurucakap Jabatan Negara AS Heather Nauert berkata, tiada mana-mana pihak pun di dunia ingin melihat Korea Utara meneruskan rancangannya bukan sahaja terhadap wilayah di AS tetapi juga di negara lain termasuk sekutu AS.

Minggu lepas, Tentera Korea Utara berkata terdapat perancangan melancarkan empat peluru berpandu balistik ke perairan sekitar Guam pada pertengahan bulan ini dan pelaksanaan bergantung kepada keputusan Kim Jong Un.


Penanguhan dipercayai ekoran amaran AS kepada Korea Utara bahawa “adalah lebih baik Korea Utara untuk tidak membuat sebarang ancaman lagi ke atas AS”.

Agensi berita rasmi KCNA pada Selasa melaporkan Kim meneliti semula rancangannya ketika melawat Komando Angkatan Strategik Tentera Rakyat Korea. – BERNAMA

Kategori