Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JDT Perlu Enam Mata...

KUALA LUMPUR : Berdasarkan jurang 14 mata sedang dinikmati pendahulu, Johor Darul Ta'zim...

Pendaftaran Bagi Simpanan Shariah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Simpanan Shariah, yang akan...

Wanita Dakwa Rumah Baharu...

MENYERAMKAN apabila rumah yang baru sebulan didiami bersama-sama keluarga turut disertai 'penghuni' lain. Kejadian...

4 Sekeluarga Maut Kemalangan...

ROMPIN - Empat sekeluarga maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung...

Trump Terus Berdepan Konspirasi Di White House

ANTHONY Scaramucci menjadi penjawat kanan di White House yang paling singkat memegang jawatan.

Hanya selepas 10 hari dilantik sebagai Pengarah Komunikasi White House, dia dipecat Presiden Donald Trump.

Selepas dipecat, Scaramucci tampil mendedahkan konspirasi kumpulan tertentu dalam White House yang mahu menyingkirkan Trump.

Tanpa gentar dan berselindung dalam wawancara ABC News semalam, Scaramucci mendakwa, memiliki senarai nama pengkhianat Trump yang berada dalam White House.

“Presiden tidak dilihat sebagai wakil yang berkuasa. Mereka yang terlibat telah membuat keputusan mahu menyingkirkan Trump,’’ katanya.

Alasan konspirasi itu, kata Scaramucci disebabkan musuh Trump berpendapat agenda presiden terlalu bersifat peribadi dan musuh Trump di White House tidak mahu bersekongkol.

Pendedahan itu menjadikan kedudukan Trump terus goyah selepas pelbagai kontroversi termasuk isu pembabitan intelijen Rusia dalam isu curi e-mel Hillary Clinton ketika kempen Pilihan Raya Presiden tahun lalu.

Scaramucci dipecat setelah perbualan telefonnya mengkritik musuh-musuh Trump disebarkan. Satu perbuatan musuh untuk menjatuhkan Scaramucci dalam konflik perebutan kuasa di kalangan pengikut Trump di White House.


Scaramucci dalam perbualan telefonnya, mengkritik keras Ketua Staf White House ketika itu, Reince Priebus dan Ketua Strategi, Steve Bannon tanpa menyangka wujudnya rakaman perbualan dan akan disebarkan bagi menjatuhkan reputasinya.

Dalam temubual ABC News itu juga, Scaramucci menasihatkan Trump supaya membawa masuk lebih ramai ‘penyokong setia’ sekiranya mahu melaksanakan agenda kepimpinannya.

Pemecatan Scaramucci turut disusuli perubahan di White House, apabila Priebus dan jurucakap pusat pentadbiran Trump, Sean Spicer turut meletak jawatan.

Sejak menjawat jawatan Presiden, Trump dilihat menjadi orang pertama paling berkuasa di White House tetapi berdepan pelbagai konflik dengan kumpulan pentadbirnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori