Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Umum Anwar Sebagai Calon...

KUALA LUMPUR – Keputusan Pakatan Harapan meletakkan Ketua Umum Pakatan Harapan yang kini...

Jerebu: 18 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak...

UPSR: SPRM Akan Siasat...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menyifatkan isu kebocoran kertas soalan Ujian...

Kucing Mati Diikat Pada...

TIDAK berperikemanusiaan, seekor kucing betina telah diseksa sehingga mati pada sebatang tiang di...

Tuduhan Militan Rohingya Serang Pos Tentera 1 Fitnah

ISU penduduk Islam dituduh menyerang pos kawalan Tentera Myanmar bukan titik utama dalam krisis terbaharu di Utara Rakhine semalam.

Ia hanya insiden lanjutan sejak penduduk Buddha dan tentera melancarkan kempen penghapusan etnik Rohingya bermula Oktober 2012. Sejak itu, lebih seribu nyawa umat Islam Rohingya dibunuh, dibakar dan wanita diperkosa.

Laporan ini disahkan PBB, walaupun kerajaan Myanmar enggan membenarkan pasukan penyiasat PBB memasuki kawasan krisis bagi mengumpul bukti dan fakta.

Serangan semalam hanyalah refleksi semula jadi kerana kehadiran Tentera Myanmar secara besar-besaran adalah satu provokasi. Penduduk Muslim mempunyai sejarah diserang berkali-kali oleh tentera dan extrimis Buddha dengan kejadian terburuk pada Oktober lalu.

Malaysia secara terbuka mengkritik tindakan ketenteraan terhadap penduduk Islam Rakhine sebagai kekejaman etnik.

Insiden serangan pos tentera hanyalah tindakan pertahan diri, yang dilancarkan penduduk Muslim berikutan pelbagai siri penindasan. Puluhan kampung dan kem pelarian Muslim dikepung dan penduduk dilarang keluar mencari makanan mahu pun bekerja.

Malah, PBB sudah mengingatkan bahawa tindakan kerajaan Myanmar menambah bilangan tentera sejak dua minggu lalu akan meningkatkan ketegangan.

AFP kelmarin melaporkan, ribuan etnik Rohingya lari ke Bangladesh sejak kehadiran tentera tambahan di Rakhine awal bulan ini.

Rakhine di utara Myanmar, wilayah paling teruk terjejas akibat keganasan, sejak Oktober lalu, dengan junta tentera mendakwa wujudnya gerakan militan yang menyerang pos kawalan polis.


Malah, PBB awal-awal lagi sudah menyifatkan langkah Myanmar meningkatkan operasi ketenteraan bersifat persediaan melancarkan serangan terbaharu pembersihan etnik Rohingya beragama Islam.

Pada 12 Ogos lalu, Junta Tentera Myanmar mengesahkan, ribuan tentera digerakkan ke Rakhine, sebagai langkah menentang pemberontak.

Sumber Rohingya di Bangladesh mendakwa, 3,500 pelarian menyeberang sempadan kerana ketakutan berikutan kehadiran jumlah tentera yang bertambah secara mendadak. Malah, Myanmar sejak 2012 memang secara sistematik mengusir penduduk Muslim meninggalkan negara itu.

Pada masa ini, terdapat 1.2 juta penduduk Muslim di Rakhine. Manakala 800 ribu dilaporkan telah meninggalkan negara itu menuju sempadan Bangladesh dan Thailand sejak operasi penghapusan etnik bermula lima tahun lalu.

Pemimpin pelarian Rohingya di Bangladesh, Abdul Khaleq berkata, angka pelarian yang menyeberang sempadan mendadak sejak tentera Myanmar meningkatkan operasi di Rakhine.

“Di kem Balukhali sahaja, kira-kira 3,000 etnik Rohingya tiba dari perkampungan mereka di Rakhine,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori