Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Hadiri Himpunan Suhakam...

PROVOKASI... Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Perbicaraan Rasuah Air Sabah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air...

Berapa Banyak Bisnes Yang...

Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan suatu hari...

Ops Paling Sukar Tangkap...

Kuala Klawang - “Ini hari paling mencabar sejak enam tahun lalu,” kata Pengarah...

Turki Perkenal Pakaian Seragam Suspek

ANKARA – Pengganas atau suspek kudeta diwajibkan memakai pakaian seragam khas ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah Turki, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Keputusan itu dibuat selepas salah seorang defendan bulan lalu, hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja- T bertulis ‘Wira’.

Erdogan berkata, suspek rampasan kuasa 2016 yang gagal seharusnya memakai pakaian seperti tahanan di penjara tentera Amerika Syarikat di Guantanamo dan menetapkan warnanya coklat gelap.

“Mereka tidak boleh memakai pakaian sesuka hati, selepas ini,” kata Erdogan ketika berucap di Malatya, sebuah kawasan di timur Turki, semalam.

Katanya, yang didakwa terbabit dengan rancangan kudeta gagal akan memakai pakaian seragam penjara, sementara suspek keganasan perlu memakai jaket dan seluar panjang.


“Mereka akan diperkenalkan kepada dunia sebegini. Kini, mereka akan dipaparkan sedemikian,” katanya.

Sejak cubaan rampasan kuasa gagal pada 15 Julai tahun lalu, lebih 50,000 orang ditahan dan 150,000 digantung dalam operasi yang dikritik beberapa sekutu Barat negara itu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori